Walt Disney World Dibuka Semula 11 Julai Depan

TERKINI
May 29, 2020 - 05:00 PM


Walt Disney akan membuka taman tema terbesar di dunia – Walt Disney World secara berperingkat-peringkat mulai 11 Julai ini sekiranya Gabenor Florida meluluskannya.

Disney merancang untuk membuka Magic Kingdom dan Animal Kingdom pada 11 Jun, manakala Epcot dan Hollywood Studios pada 15 Julai, menurut Naib Presiden Kanan Operasinya, Jim MacPhee.



Namun perarakan, pertunjukan bunga api dan aktiviti lain melibatkan tumpuan pengunjung yang besar masih ditangguhkan.

Sekiranya permohonan itu diluluskan, para pengunjung perlu mematuhi peraturan dengan memakai penutup mulut dan hidung dan menjalani pemeriksaan suhu badan serta penjarakan sosial.

Malah, Disney mengalakkan pengunjung melakukan sistem pembayaran tanpa kontak dan meluaskan sistem mudah alih dalam pembelian makanan di restoran-restorannya.



Selain itu jumlah pengunjung juga akan ditentukan, justeru orang ramai dinasihatkan supaya membeli pas masuk ke taman tema tersebut lebih awal.

Disney telah menutup taman temanya di seluruh dunia sejak Januari lalu dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus.

Empat taman tema Walt Disney World telah menarik 157.3 juta orang pada tahun 2018.


Sumber: MalaysiaGazette