19 Tempat Percutian Menarik Jika Anda Melancong Ke 'Negeri Jelapang Padi'

TRAVEL
June 24, 2020 - 12:36 PM


Ketika negara dilanda dengan krisis penularan pandemik COVID-19, Kedah antara negeri yang terawal diisytiharkan sebagai Zon Hijau apabila tiada kes aktif dikesan di negeri itu.

Kini memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Kedah semakin merancakkan promosi pelancongan domestiknya untuk menyambut pelancong tempatan bercuti ke 'Negeri Jelapang Padi' itu.

Banyak tarikan pelancongan yang boleh dilawati jika anda bercuti ke Kedah dan pastinya yang paling menarik adalah anda bakal merasai suasana kedamaian hijau sawah yang terbentang luas dan sangat cantik untuk dijadikan background gambar kenangan anda!

Bagi yang masih tidak tahu, ibu negeri Kedah adalah Alor Setar yang terletak 93 kilometer dari utara Butterworth, Pulau Pinang dan 45 kilometer dari selatan sempadan Thailand.

Untuk berjalan-jalan ke Alor Setar, ada pelbagai akses pengangkutan yang boleh anda gunakan seperti :-

- Laluan udara kerana ia memiliki Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

- Jalan darat melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar Utara, plaza tol Alor Setar Selatan dan plaza tol Alor Setar Hutan Kampong serta stesen bas Shahab Perdana

- Stesen kereta api di Pusat Bandaraya Alor Setar

- Pengangkutan keluar dari tanah besar ke Pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah.

Jom kita tengok tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi jika bercuti ke Kedah seperti yang dipromosikan oleh pihak Kedah Tourism menerusi laman Facebook rasminya :-

1) TASIK PEDU PADANG TERAP

Pedu adalah tasik buatan manusia yang megah dengan limpahan khazanah semulajadi bukan hanya flora dan fauna, tetapi juga suasana yang tidak tercemar membuatkan langitnya kelihatan sangat bercahaya pada waktu malam hingga menjadi 'syurga' bagi jurugambar mengambil gambar bintang galaksi Bima Sakti. 

Siap pada tahun 1969 di kawasan seluas kira-kira 75 km, ia memang merupakan syurga untuk aktiviti di tasik dan eko-pelancongan seperti berkhemah, birding, mendaki, berkayak, berperahu, berenang atau hanya bersantai di tempat tidur gantung sambil layan angin tasik bertiup.

2) BUKIT KAYU HITAM, KUBANG PASU

Tempat membeli-belah di Bukit Kayu Hitam sememangnya cukup terkenal kerana ia merupakan kawasan bebas cukai di Malaysia dan sempadan Thailand.

Sudah pastilah harganya juga berpatutan dan lebih murah daripada biasa. Bukit Kayu Hitam ini terletak dalam daerah Kubang Pasu, Kedah dan wajib anda singgah jika datang ke sini.

Tempat ini pada asalnya merupakan sebuah ladang getah dan kemudian pada tahun 1981, Bukit Kayu Hitam telah dibangunkan dan dijadikan pintu masuk yang amat terkenal antara 2 negara iaitu Malaysia dan Thailand.

3) CROCODILE ADVENTURELAND LANGKAWI

Ini merupakan tempat yang wajib untuk anda bercuti sekiranya anda merupakan orang Kedah sejati!

Ini kerana bersempena pembukaan semula 𝗖𝗿𝗼𝗰𝗼𝗱𝗶𝗹𝗲 𝗔𝗱𝘃𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶, mereka menawarkan tiket berharga hanya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bagi mengunjungi taman buaya tersebut, mulai 1 Julai 2020.

Jadi jika anda ke Langkawi jangan lupa singgah di sana ya!

ARTIKEL TERDAHULU: Bosan Dengan Ikan? Jom Cuba 'Pancing' Buaya Dekat Langkawi!

4) AMD RESORT & CAMP PERIK

Jika anda inginkan percutian yang tenang sambil layan makan durian di ladangnya, anda kena cuba menginap di sini.

Resort ini terletak di Kuala Nerang Kedah dan ia dikelilingi dusun durian yang luas serta sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.

ALAMAT: AMD RESORT & CAMP PERIK, LOT 1376 Kampung Perik, 06300 Kuala Nerang,Kedah
NO TEL: 019-4443028

5) TASIK DARUL AMAN

Tasik Darulaman ialah sebuah pulau di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia yang terletak kira-kira 1 kilometer dari pekan Bandar Darulaman, Jitra dan bersebelahan Darul Aman Golf Resort sangat terkenal di kalangan penduduk setempat untuk beriadah dan bersiar-siar.

Antara tarikan pengunjung ke sini ialah air pancut setinggi 96 meter yang dikategorikan sebagai ke-3 tertinggi di Asia.

6) MASJID ZAHIR

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Ia terletak di persimpangan Jalan Kampung Perak dan Jalan Pekan Melayu.

Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar bertentangan dengan Balai Besar.

Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Masjid Zahir mula dibina pada 11 Mac 1912 dan tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira – wira Kedah yang telah gugur semasa berjuang mempertahankan negeri Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821.

Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

7) KODIANG 

Sebut saja Kodiang, pasti yang tergambar di fikiran tentunya kehijauan sawah padi yang terbentang luas.

Kawasan ini memang tidak asing lagi dengan pelbagai informasi tinggalan sejarah. Salah satunya adalah sebuah gua batu kapur yang digelar sebagai Gua Kerbau.

Terletak kira-kira 50 kilometer dari Bandar Alor Star, gua ini dikatakan terbentuk sejak 200 hingga 300 juta tahun.

Merujuk kepada fakta sejarah negeri Kedah, dahulunya Kodiang pernah menjadi pusat pemerintahan dan ketenteraan bagi kerajaan Kedah sejak 300 tahun lalu. Di kawasan ini juga, turut wujud sebuah kota yang digelar sebagai ‘Kota Si Puteh’.

Ekoran keadaan itu, gua tersebut dikatakan pernah menjadi lokasi yang penting bagi angkatan perang Kedah sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1804-1843) telah berlaku satu peristiwa peperangan yang hebat di antara angkatan perang Siam. Justeru, gua berkenaan dijadikan sebagai markas utama angkatan perang Kedah bagi melatih tentera mereka untuk menentang angkatan tentera Siam.

8) GUNUNG PULAI - GUA KELAMBU

Daerah Baling dikurniakan sekurang-kurangnya 16 gua, terutama di sekitar gunung Pulai.

Keunikan gua di sini sebenarnya bertaraf dunia dan menjadi lokasi tumpuan bagi para pengembara arkeologi.

Salah satunya adalah Gua Kelambu yang pernah menjadi rahsia (yang bermaksud 'kelambu'), yang mana legenda mengatakannya adalah istana mistik kuno.

Gua Kelambu mempunyai formasi yang terlihat seperti gajah, kura-kura dan katak raksasa yang dikatakan telah disumpah menjadi batu oleh gergasi mitos Sang Kelembai. 

9) HUTAN LIPUR BUKIT WANG

Hutan Lipur Bukit Wang terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah.

Keistimewaan hutan di sini ialah terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Tosak mempunyai batu-batan yang unik.

Hutan Lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah. ‘Permatang Seraya’ yang merupakan deretan pokok Meranti seraya (Shorea curtisii) yang berukuran melebihi 120 cm diameter tumbuh secara semulajadi. 

10) SUNGAI SEDIM

Jika anda gemarkan sebuah percutian dikelilingi alam semulajadi, anda wajib ke Sungai Sedim ini!

Ini kerana Sungai Sedim dianggap sebagai salah satu daripada 5 tempat arung jeram terbaik di Malaysia, dengan jarak tempuh yang cukup sukar sehingga 15km dan mencapai Gred 4.

Berkayak, berenang, berkelah, berkhemah, mendaki dan aktiviti luar seperti itu juga tersedia.

Ia terletak hanya 30 minit dari bandar Kulim, kawasan ini berada di sempadan antara Kulim dan daerah Baling yang berdekatan, dan kini bahkan dinamakan sebagai Tapak Perkhemahan Diraja Kedah

Jika ke sini, jangan lupa untuk merasai sendiri pengalaman berjalan di SUNGAI SEDIM TREE-TOP WALK!

Istimewanya tree-top walk ini merupakan jalan kanopi hutan hujan terpanjang di dunia dengan panjang 925 meter dengan ketinggian kira-kira 26 meter di atas permukaan hutan pada titik tertinggi, tree-top walk di Taman Rekreasi Sungai Sedim mengikuti jalan yang hampir sama dengan segi empat dan melintasi sungai yang mengalir dengan deras.

Uniknya lagi tree-top walk ini adalah disebabkan binaan struktur jambatan keluli yang kukuh yang disiapkan pada tahun 2005 dan sebahagian besarnya tidak melekat pada pokok, dengan tidak menyebabkan kerosakan alam dan flora.

11) MUZIUM PADI KEDAH DARUL AMAN

Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8 km dari Bandar Darul Alor Setar.

Ia dibuka secara rasmi pada 12 Oktober 2004 dengan keluasan keseluruhan mencecah 2,000 meter persegi.

Bangunan berbentuk Gemai Padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.

Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.

Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikaan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

12) RUMAH TOK SU & RUMAH SERI BANAI

RUMAH TOK SU

Jika anda ingin melihat dengan lebih dekat struktur rumah Melayu lama anda boleh berkunjung ke Rumah Tok Su yang terletak di Kampung Kerat Telunjuk, Bandar Bharu.

Rumah Tok Su ini berkeluasan 1,700 kaki peregi serta mempunyai 34 batang tiang. Terdapat enam ruang utama iaitu beranda, rumah ibu berbumbung limas potongan Belanda dan beranjung, ruang tengah selang, dapur dan pelantar

Rumah yang berusia dari 103 tahun ini asalnya milik Tuan Haji Mahmud, seorang kaya dan mempunyai banyak harta di kampung tersebut.

RUMAH SERI BANAI

Sementara itu, Rumah Seri Banai terletak di Kampung Banai, Mukim Pelubang, Daerah Kubang Pasu, Kedah.

Pemilik asal rumah ini ialah Tuan Haji Saad bin Taib, Penghulu Mukim Pelubang, yang mendiami rumah ini bersama-sama dengan isteri Puan Hajah Saodah binti Ahmad.

Rumah ini dibina oleh ‘Tok Bakar’ seorang tukang rumah tempatan. Kebanyakan kayu-kayu yang digunakan didalam pembinaan rumah ini dibuat daripada jenis ‘meranti’ dan ‘temak’.

Rumah ini mempunyai catatan sejarahnya tersendiri iaitu bahagian bawah rumah ini pernah dijadikan sebagai bilik darjah Sekolah Rakyat. Gurunya ialah cikgu Ahmad, kerani Penghulu Tuan Haji Saad. Sekolah rakyat ini kemudiannya dipindahkan ke Kepala Batu dan dikenali sebagai Sekolah Seri Banai.

Rumah ini telah dihadiahkan kepada Universiti Utara Malaysia di kampus sementaranya di Bandar Darul Aman, Tanah Merah, Jitra, Kedah.

13) SEGANTANG GARAM RESORT

Jika anda ingin merasai pengalaman rare menginap di atas rumah terapung anda boleh cuba menginap di Segantang Garam Resort yang terletak di Kampung Segantang Garam, Merbok.

Chalet berkenaan merupakan sebuah tempat percutian atau perkhemahan yang ‘terlepas daripada segala gangguan’ dan kedamaian alam yang masih terpelihara.

Untuk sampai ke destinasi itu, perjalanan darat hanya 12 kilometer dari pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang atau 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling.

14) PULAU SONGSONG

Jika anda inginkan Vitamin-Sea, anda boleh melawat Pulau Songsong yang terletak di perairan daerah Yan.

Meskipun mungkin pulau ini agak kurang popular di kalangan pelancong, namun ia memiliki keindahan pantai dan air laut yang jernih dan sangat menakjubkan.

Mengikut sejarah, Pulau Songsong ini pernah menjadi lokasi pahlawan nusantara berkumpul bersama Tunku Muhammad Saad Tunku Daud (anak saudara kepada Sultan Kedah Ke-22, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II) bagi merampas semula Kedah daripada penaklukan Siam pada Ogos 1838.

Di Pulau Songsong inilah pahlawan nusantara antaranya dari Rembau, Acheh, Pattani dan juga Perak melabuhkan kapal mereka berkumpul beramai-ramai untuk bergerak bersama Tunku Muhammad Saad untuk menyerang Siam.

ARTIKEL TERDAHULU: Pulau Songsong Yang Indah Tapi Jarang Diketahui Ramai

15) TAMAN EKO ULU MUDA

Taman Eko Ulu Muda ini berkeluasan160,000 hektar dan merupakan pintu masuk utama ke Taman Eco.

Banyak kajian mengenai flora dan fauna tropika dilakukan di sini, misalnya oleh WWF Malaysia.

Selain tumbuh-tumbuhan, banyak spesies serangga, burung dan ikan dapat dilihat dalam aktiviti mendaki hutan.

Pelawat dan penyelidik sering menghabiskan beberapa hari di hutan hujan Ulu Muda sama ada berkhemah atau menginap di Earth Lodge Ulu Muda di sekitarnya.

16) TASIK BERIS

Pemandangan perairan dan bukit yang indah secara semula jadi sukar untuk dipercayai bahawa Tasik Beris seluas 115km adalah tasik buatan manusia.

Tasik ini wujud dengan siapnya Empangan Beris pada tahun 2004 terutama untuk penggunaan air domestik dan pengairan sawah.

Tetapi kesan yang baik adalah tasik yang indah ini yang telah menjadi destinasi popular dengan chalet, resort dan aktiviti termasuk berkayak, berperahu, memancing, berkelah dan banyak lagi di tengah-tengah suasana yang sejuk dan kehijauan berbukit yang indah.

Jika anda ke tasik dan bernasib baik, anda mungkin dapat melihat sekilas "monster Beris", "ikan toman" yang hebat atau "snakehead gergasi" yang boleh mencecah berat sehingga 8 kilogram.

17) TAPAK ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG & SUNGAI BATU

Kuala Muda terutamanya lembah Lembah Bujang adalah tempat beberapa tempat bersejarah tertua bukan hanya di Malaysia tetapi juga di rantau ini.

Bujang Velley dihiasi dengan banyak 'candi' atau kuil kecil dari sekitar abad ke-4 dan seterusnya ketika orang-orang Melayu tempatan adalah penganut Hindu atau Buddha sebelum kedatangan Islam.

Beberapa artifak candi dan zaman disimpan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Merbok.

Sungai Batu yang berdekatan berasal dari sekurang-kurangnya 535 SM dan merupakan laman ketamadunan tertua yang terkenal di Asia Tenggara. Menariknya ia adalah pusat pemprosesan dan pengeksportan besi. 

18) GEOPARK TANJUNG JAGA

Dikenali sebagai Telok Air, Tanjung Jaga adalah tempat untuk memancing atau berjalan-jalan di tengah-tengah pemandangan laut yang indah.

Pantai berbatu ini adalah sebahagian dari Jerai Geopark dan anda dapat melihat formasi batuan berlapis lit-lit dan deposit mineral di sepanjang perairan.

Di sekitarnya terdapat juga kebun buah-buahan termasuk durian, raja buah Malaysia.

19) JERAI GEOPARK

Jerai Goepark, seluas 800 km persegi diwujudkan untuk memelihara dan memberi kesedaran mengenai kepentingan saintifik mengenai kepelbagaian geodiversiti batuan formasi Jerai / Mahang.

Usia batu di sini dianggarkan sekitar 550 juta tahun dengan titik tertinggi pada 1,217 meter di atas aras laut, menjadikan Gunung Jerai sebagai gunung tunggal yang unik dan kawasan yang mempunyai nilai warisan geologi dan mineral yang sangat tinggi.

Sumber: Kedah Tourism & Kredit Gambar: Mahdzir Hasan Det

 

Destination: