Sempadan Malaysia dan Singapura Bakal Dibuka Namun Selamatkah Untuk Travel Ke Sana?

TERKINI
July 14, 2020 - 04:37 PM


Seperti kita sedia maklum, dalam pertempuran melawan pandamik 2019 Malaysia antara negara yang boleh dikatakan agak cemerlang walaupun pada awalnya kita antara negara yang paling teruk terkesan di Asia Tenggara. Walaupun ada negara yang seakan iri hati dengan pencapaian kita, namun ianya tidak sedikipun memberi kesan kepada warga Malaysia secara khususnya barisan hadapan yang bertarung siang malam demi memutuskan rantaian ini.

Walaupun kita mencatatkan kes yang agak rendah buat masa ini, negara jiran Indonesia, Filipina dan Singapura pula terus mencatatkan angkat yang tinggi. Keadaan ini agak membimbangkan kita memandangkan kebolehjangkitan lebih tinggi terutama bila sempadan mula dibuka.

Terbaru, Malaysia dan Singapura bersetuju melaksanakan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA), dengan tarikh pelaksanaan yang disasarkan pada 10 Ogos 2020, untuk memenuhi keperluan penduduk kedua-dua negara, membabitkan perjalanan rentas sempadan.

Perkara itu diumumkan hari ini dalam satu kenyataan bersama Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya dari Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Menurut kenyataan itu, mereka yang melakukan perjalanan perlu memenuhi syarat kedua-dua skim, mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan awam Covid-19, yang disepakati kedua-dua negara, termasuk menjalani ujian swab tindak balas rantai polimerase (PCR).

RGL membolehkan perjalanan rentas sempadan bagi urusan rasmi dan perniagaan penting antara kedua-dua negara.

Walaubagaimanapun, ekonomi negara juga perlu diambil kira bagi mengelakkan lebih banyak pekerja yang bakal dibuang. 

Persoalannya apakah akan jadi setelah sempadan ini dibuka? Selamatkah untuk travel ke sana?

Buat masa sekarang, sempadan dibuka bagi membolehkan sebarang perniagaan berjalan seperti biasa dan jika anda ke Singapura hanya untuk tujuan melancong lebih baik anda tangguhkan sahaja. Lagipun dalam Malaysia lagi banyak tempat menarik untuk diterokai. 

Kita juga perlu ingat dan jangan mudah alpa dan sentiasa mengikut SOP yang ditetapkan. Dengan pembukaan sempadan tidak lagi lagi diharap SOP baru akan diperkenalkan bagi mengelak sebarang kluster baru terjadi. 

Destination: