Hampa Olimpik Tokyo 2020 Ditangguhkan? Jom 'Ubati' Kehampaan Tu Dengan Staycation Je Ke Hotel Olympic Malaysia Ni!
Tahun ini dunia sepatutnya dimeriahkan dengan penganjuran Olimpik Tokyo 2020, bagaimanapun disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang tidak dijangka -- sukan berprestij antarabangsa itu terpaksa ditunda pada Julai tahun hadapan.
Bagi korang yang memang kaki sukan dan sangat menggemari Sukan Olimpik mesti hampa dengan berita penangguhan tersebut, kan?
Tetapi jangan risau, apa kata korang ubati kekecewaan itu dengan membuat 'staycation' bersama keluarga atau kawan-kawan korang yang juga kaki sukan di sebuah hotel yang berkonsepkan Sukan Olimpik di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur!
Diberi nama Hotel Olympic Malaysia, hotel ini yang dibenarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (OCM) kini kembali beroperasi sejak 1 Ogos lepas selepas ia ditutup sementara akibat COVID-19.
Lokasinya yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur serta berhampiran dengan akses pelbagai jenis pengangkutan awam menjadikan Hotel Olympic Malaysia ini antara destinasi penginapan popular jika berkunjung ke ibu negara.
Menariknya, hotel itu juga hanya bersebelahan sahaja menara pencakar langit tertinggi kedua di dunia iaitu PNB118 Tower dan betul-betul di sebelah stesen MRT Merdeka (SBK17), jika korang nak membeli-belah di Pavilion dan Lot10, Bukit Bintang pun ia terletak hanya selang satu stesen sahaja.
Sebaik melangkah masuk ke dalam hotel itu, korang akan terus merasakan kehangatan seolah-olah berada di acara sukan penuh berprestij dunia berdasarkan reka bentuk dalamannya yang kelihatan moden dan hadir dalam pelbagai warna seperti logo rasmi Olimpik.
Hotel Olympic Malaysia mempunyai keseluruhan 155 buah bilik dengan tema, corak dan warna tersendiri.
Ia juga dilengkapi dengan restoran rainforest, bar dan bilik seminar yang dapat menampung antara 100-140 orang.
Harga penginapan untuk 1 malam di hotel ini sangat murah dan berbaloi iaitu bermula RM58 sahaja!
Jika berminat korang boleh membuat tempahan di sini.