Ethno Valley Resort Tawar Percutian Berkonsep Alam Semulajadi, Siap Dapat Minuman Herba Percuma Lagi!

October 01, 2020 - 02:00 PM


Kalau korang bercuti ke Taiping, Perak dan sudah bosan untuk bermalam di hotel sekitar kawasan tersebut -- mungkin korang boleh memilih sebuah tempat penginapan yang berbeza sedikit iaitu berkonsepkan alam semulajadi sambil menikmati minuman herba yang menyihatkan badan.

Ramai yang mungkin tidak mengetahui bahawa lebih kurang 25 minit dari bandar Taiping, terdapat sebuah 'hidden gems' yang memiliki pelbagai tarikan untuk percutian seisi keluarga yang diberi nama ETHNO VALLEY RESORT!

Resort ini yang terletak di Kampung Senduk, Changkat Jering, Perak menyediakan penginapan yang terdiri daripada 16 buah chalet, 3 buah rumah dan dorm yang boleh memuatkan sehingga 60 orang.

Selain memiliki kolam renang besar yang pastinya akan disukai oleh anak-anak, bermacam lagi aktiviti riadah yang boleh dilakukan di resort berkenaan seperti memanah, memancing ikan, berenang, memberi makan burung-burung dan jungle trekking.

Malah, Ethno Valley Resort juga mempunyai mini zoo beserta beberapa haiwan ternakan seperti arnab yang pasti membuatkan anak-anak korang teruja untuk bermain dengan mereka.

Bagaimanapun, salah satu keistimewaan resort ini yang jarang terdapat di tempat lain adalah ia menjual pelbagai produk berasaskan herba di mana pengunjung juga berpeluang menikmati minuman herba secara percuma di sini.

Harga tempat penginapan di sini juga adalah murah dan sangat berbaloi untuk dijadikan lokasi percutian bersama keluarga dan kawan-kawan. Harga boleh rujuk seperti di bawah ini :

Berikut merupakan senarai fasiliti yang terdapat di resort ini:

 Kolam renang

 Mini Zoo

 Bird Park (Bird Feeding)

 Memanah

 Memancing (Catch and release)

 Padang untuk beraktiviti

 Dewan

 Kantin/Ruang Makan

 BBQ site

 Minuman herba percuma

 Galeri Herba

 Nurseri bunga

 Barber shop

 Kedai Runcit

 Kedai Makan

 Surau

 Tandas awam

 Parking lot yang luas

Bagi mendapatkan info lanjut mengenai resort ini, korang boleh ke Facebook Ethno Valley Resort atau hubungi talian 05-855 1104.

Sumber & Kredit Gambar: Facebook Ethno Valley Resort

Destination: