Bukan Amsterdam Atau Lopburi, Tapi Ladang Bunga Matahari Cantik Ni Hanya Di Perak Je!

TRAVEL
October 08, 2020 - 11:11 AM


Sekarang ni kan tengah musim penularan pandemik COVID-19 dan kita semua masih tidak dibenarkan untuk terbang melancong ke luar negara.

Tetapi kalau korang merupakan peminat bunga-bungaan terutama bunga matahari -- korang dah tak perlu teringat-ingat atau mengidam nak terbang ke Amsterdam atau Lopburi, Thailand yang sememangnya terkenal dengan keindahan ladang bunga matahari.

Ini kerana korang hanya perlu memandu kereta sendiri selama 3 jam dari Kuala Lumpur ke Bagan Sungai Burung, sebuah perkampungan nelayan kecil di Bagan Datoh, Perak.

Mengapa? 

Sebab di sana terdapat sebuah lokasi menarik iaitu 'SUNFLOWER GARDEN' yang dipenuhi dengan bunga matahari besar dan berwarna kuning keemasan sangat cantik dan bakal memberikan anda kegembiraan seindah suria..gitchewww!

Tiket untuk masuk ke ladang bunga matahari itu juga cukup murah iaitu hanya RM10 seorang.

Menjejakkan kaki ke dalamnya, pasti membuatkan korang fefeeling seakan berada di dalam cerita dongeng.

Sebab tu rugi rasanya kalau korang tidak memanfaatkan pemandangan lautan bunga matahari di sini sebagai latar belakang gambar atau video yang boleh dimuatnaik ke dalam media sosial. Mesti banyak likes korang dapat!

Jadi tunggu apa lagi, mohle kita ke Bagan Datoh hujung minggu ni! Jangan lupa bawa kamera dan segala props untuk korang bergambar cantik! Hehehe...tapi jaga SOP juga ok!

SUNFLOWER GARDEN

Alamat: A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datoh, Perak.

Waktu Operasi: 9 Pagi - 5 Petang

Tiket Masuk: RM10

Kredit Gambar: Mekjat Channel - Travel on My Way

Artikel Berkaitan: Tak Payah Susah-Susah Ke Thailand Nak Tengok Bunga Matahari, Perlis Pun Ada!

Destination: