BookXcess Sunway Big Box - Korang Kena Datang Ke Kedai Buku Yang Cantik Dan Instagrammable Ni

October 27, 2020 - 11:55 AM


Sebelum ni Rileklah pernah mengeluarkan satu artikel mengenai kedai buku di dalam peti besi bank, hari ini ada lagi satu kedai buku menarik yang terletak di Johor. Amalan membaca sudah semakin pudar dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa kini. Dan ramai juga yang sudah beralih ke e-book. Jadi tidak hairanlah kalau kedai-kedai buku sering kelihatan kosong kebelakangan ini. 

Namun ada satu kedai buku di Johor yang berjaya menarik minat orang ramai untuk datang berkunjung. Kedai buku tersebut adalah BookXcess di Sunway Big Box yang terletak di Nusajaya. BookXcess menjadikan kedai buku mereka sebagai satu lokasi yang sangat cantik untuk penggemar buku dan juga instagrammers. Rak buku dibina dengan ketinggian dari lantai hingga ke siling membuatkan lokasi ini sangat cantik. 

BookXcess juga merupakan salah satu kedai buku terbesar di Semenanjung Malaysia dan ianya merupakan kedai buku yang ke-9 dibuka dibawah jenama BookXcess. Kedai ini mempunyai lebih dari 1 juta buku yang meliputi pelbagai genre seperti sains fiksyen, romance, fiksyen, bibliography, dan banyak lagi. Dengan lambakan buku di kedai ini dan susunan yang sangat kemas dan cantik, tak hairan la ramai yang tertarik dengan kedai ni. 

Ada juga ruangan untuk kanak-kanak yang dihias cantik dan dilengkapi dengan bahan bacaan yang bersesuaian dengan mereka. Ia juga ada tangga yang sangat cantik yang akan bawa korang pergi ke tingkat atas. Bukan tu je, harga buku yang dijual di sini agak murah berbanding kedai-kedai lain. Kadang-kadang tu sampai separuh harga. Korang juga boleh beli buku-buku yang ada di sini secara online di laman web rasmi mereka. 

Jadi kepada peminat buku di luar sana, jom la serbu tempat ni. Memang best dan sangat cantik dia punya kedai. Kalau sekadar nak ambil gambar pun apa salahnya, mana tahu ada buku yang menarik minat korang sepanjang korang berada di sana kan. Tapi ingat, SOP perlu dijaga dan jangan lupa pakai penutup muka okay? Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka dan media sosial di bawah:

Laman Web Facebook Instagram

Destination: