Rania Beach Resort - Port Percutian Keluarga Di Tepi Pantai Yang Minimalist & Moden

November 12, 2020 - 05:01 PM


Sekarang ni kebanyakan daripada kita terpaksa duduk di rumah dan dilarang untuk merentas negeri disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat peningkatan kes COVID-19.

Ramai juga antara kita yang pastinya sedang merindukan ibu bapa serta keluarga di kampung, malah kecewa kerana tak dapat bawa mereka berjalan-jalan sambil bercuti hujung tahun, kan...

Tak mengapa, buat masa sekarang ni apa kata kita usha-usha je dulu tempat percutian keluarga yang best untuk bawa mereka nanti selepas habis tempoh PKPB.

Jika anda inginkan sebuah destinasi percutian yang dekat dengan pantai untuk menghirup udara segar selepas lama terkurung di rumah -- anda boleh memilih menginap di RANIA BEACH RESORT yang terletak berdekatan Pantai Teluk Senangin, Lumut, Perak.

Resort yang baharu sahaja beroperasi pada tahun lepas ini difahamkan milik seorang pengusaha Bumiputra yang mengenengahkan konsep penginapan ala kontena yang minimalist dan moden, jadi banyaklah port-port untuk anda bergambar OOTD yang cantik.

Menariknya, selepas anda sekeluarga berkelah dan mandi-manda di laut -- anak-anak pula boleh sambung berseronok bermain air di dua buah kolam renang yang disediakan di resort ini.

Uniknya, pada waktu malam kolam renang di sini akan bertukar cahaya LED yang pastinya mendatangkan lebih keterujaan untuk anak-anak berendam sampai menggigil kesejukan. Hehehe...

Di resort ini juga menyediakan bilik Deluxe yang boleh memuatkan sehingga 4 orang dalam 1 bilik serta dilengkapi dengan 1 katil Queen dan 1 katil Double Decker.

Kemudahan lain seperti TV NJOI, penghawa dingin, pemanas air, dapur, ruang makan serta peralatan BBQ turut tersedia untuk para tetamu.

Disebabkan Rania Beach Resort ini sangat luas ibarat sebuah rumah banglo besar, ramai tetamu yang memilih penginapan ini untuk tujuan percutian Hari Keluarga dan perjumpaan bersama kawan-kawan lama.

Ini kerana kalau anda menempah banyak bilik, pihak resort boleh menawarkan pakej tambahan yang berupa hidangan makan pagi, petang, malam dan siap dengan BBQ sekali. Best, kan...

Harga bilik Deluxe untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak bermula RM199 sahaja.

Jadi tunggu apa lagi, jom rancang percutian keluarga di sini selepas habis PKPB nanti!

RANIA BEACH RESORT

ALAMAT: Lot 13543, Labohan Bilis,Teluk Senangin, 32200 Lumut, Manjung, Perak.

NO TEL: 018-3679851

FACEBOOK: Rania Beach Resort

Destination: