Reserve The Cozytainer - Hotel Butik Unik Di Bandar Taiping

November 26, 2020 - 03:35 PM


Sejak kebelakangan ini, dah ramai kaki travel yang mula pergi ke hotel-hotel butik di Malaysia. Untuk korang yang masih tak tahu, hotel butik bermaksud hotel yang kecil dan mempunyai design unik yang tidak terikat dengan mana-mana hotel yang dimiliki oleh sebuah syarikat. Biasanya hotel butik ni mempunyai tarikan unik tersendiri dan agak cozy (selesa).

Di Taiping terdapat satu hotel yang menepati ciri-ciri di atas dan hotel tersebut adalah Cozytainer. Menggunakan gabungan cozy dan container untuk namanya, tarikan utama di hotel ini adalah container. Terletak 5 minit sahaja dari bandar Taiping, hotel ini memang sesuai untuk korang yang nak berjalan-jalan dan berehat di lokasi yang selasa dan tidak terlalu jauh dari bandar.

Terdapat beberapa jenis bilik yang korang boleh pilih dari double, triple, atau quadriple mengikut bilangan orang yang ada. Semua bilik memang ada kemudahan moden seperti aircond, wifi, bilik air tersendiri, dan juga flat-screen TV. Memang selesa gila duduk dalam ni, dan harganya pun agak murah mengikut pakej yang korang ambil.

Disebabkan hotel ni tersangatlah dekat dengan bandar Taiping, korang juga boleh pergi berjalan-jalan ke Taiping Lake Gardens, Zoo Taiping, Clock Tower, Bukit Larut, dan macam-macam lagi lah. Jadi kalau korang ada plan untuk berjalan-jalan ke Taiping dan ingin mencari lokasi yang unik dan selesa untuk stay pada waktu malam, boleh datang ke Cozytainer. 

Untuk maklumat yang lebih lanjut korang boleh pergi ke media sosial mereka di bawah. Ingat, jalan-jalan tu jangan lupa untuk jaga SOP dan jaga penjarakan sosial. Mask pun jangan lupa pakai okay? Have fun guys!

Facebook | Instagram

 

Destination: