Ingatkan Dari Luar Tempat Jual Pokok Je, Sekali Masuk Rupanya Ada Kafe Best Untuk Enjoy Kek & Kopi!
FOODIEMemandangkan sekarang ni warga Lembah Klang antara yang masih belum boleh travel rentas negeri untuk jalan-jalan cari makan, korang jangan bimbang kerana di sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor ada kafe yang tak kurang menariknya untuk korang singgah minum-minum santai bersama kawan-kawan.
Antara yang best kalau korang nak cuba adalah sebuah kafe ini yang sebenarnya 'tersembunyi' di sebalik kedai menjual pokok atau lebih popular dipanggil nurseri.
Kafe yang dimaksudkan adalah 'Sipping Corner Cafe' yang terletak di dalam Plant & Pot Studio!
Kalau korang nak tahu kafe ini mempunyai 2 buah cawangan iaitu di Puchong dan terbaharu di Ampang.
Jika korang pencinta pokok-pokok hiasan rumah, tempat ini pastinya ibarat syurga buat korang kerana boleh 'menyelam sambil minum air'!
Sebaik menjejakkan kaki ke sini, korang akan disambut dengan deretan dan rimbunan koleksi tanaman pelbagai jenis tumbuhan yang sangat menyejukkan mata untuk korang pilih bagi menghiasi taman mini botani di rumah masing-masing.
Selepas dah puas menjamu mata dengan kehijauan tanaman itu, korang seterusnya boleh singgah di Sipping Corner Cafe yang ada di dalamnya untuk menikmati pula sepotong kek bersama hirupan secawan kopi panas.
Paling best, di sini korang akan rambang mata untuk memilih hampir 20 perisa kek yang semuanya sedap-sedap belaka.
Antara yang paling menjadi kegemaran adalah kek perisa Black Sesame Chocolate, Rosemary Roselle, Signature Coconut, Nutty Coffee dan Lemony Grapes.
Harga untuk potongan kek di sini juga agak berbaloi iaitu dari RM14 sepotong dan minuman dari RM10 secawan.
Kafe ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Korang yang mungkin berasa bosan bekerja dari rumah, boleh juga datang ke kafe ini untuk menghirup oksigen segar dari tumbuh-tumbuhan yang ada di 𝐏𝐥𝐚𝐧𝐭 & 𝐏𝐨𝐭 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐢𝐨 sambil menjamu selera.
SIPPING CORNER @ PLANT & POT STUDIO
Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
1-1, Jalan Awf 3a, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor