One&Only Desaru Coast : Resort Pertama Dan Satu-Satunya Di Asia Tenggara Untuk Percutian Romantis Anda!
Memandangkan sekarang perjalanan rentas negeri telah dibenarkan semula oleh Kerajaan, mungkin ramai yang sedang merancang untuk membuat percutian bersama yang tersayang ke tepi pantai atau di tengah-tengah alam semulajadi yang mendamaikan.
Jika anda mengidam sebuah percutian mewah dan eksklusif bersama pasangan disarankan agar anda memilih resort pertama dan paling penting satu-satunya Desaru Coast yang ada di Asia Tenggara iaitu 'ONE & ONLY DESARU COAST'!
Perjalanan memandu kereta selama 4 jam dari ibu kota Kuala Lumpur ke Desaru, Johor pastinya akan terubat sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke resort mewah seluas 128 ekar ini yang berdekatan dengan pantai serta dihiasi kolam renang sepanjang 50 meter mengadap pemandangan indah Laut China Selatan.
One&Only Desaru Coast ini pada awalnya dijadualkan untuk dibuka secara rasmi pada awal bulan Mac lalu terpaksa ditangguhkan sehingga September lepas gara-gara penularan wabak COVID-19.
Resort ini memiliki 32 suite junior dan dua suite besar serta penginapan 'Villa One' yang seluas 1,500 meter persegi dilengkapi spa, ruang pejabat, halaman tengah dan kolam renang peribadi sepanjang 27 meter.
Setiap bilik juga mempunyai kolam renang peribadi, kawasan luaran dan reka bentuk dalaman yang bercirikan elemen Malaysia.
Ia dapat dilihat menerusi penggunaan perabot kayu yang rustik dan berunsurkan ciri tempatan, malah hiasan songket dan tenunan kain bercorak pua kumbu juga dapat diaplikasikan bagi menghias bilik khas buat tetamu.
Resort ini juga menawarkan 5 pilihan tempat makan dan minuman iaitu ‘Ambara’, ‘Hoshi’, ‘Dusky Monkey’, ‘Essential’ dan ‘Ember Beach Club’.
Pelbagai aktiviti rekreasi boleh dilakukan di resort ini yang pasti membuatkan tetamu tidak kebosanan dan yang rugi sekiranya anda tidak memanjakan diri di Chenot Spa -- satu-satunya spa di Asia yang menggabungkan diagnostik saintifik antara perubatan Cina dengan rawatan alternatif.
ONE&ONLY DESARU COAST
ALAMAT: Persiaran Damai, Desaru Coast Bandar Penawar, 90, 81930, Johor
NO TEL: 07-878 3400
HARGA DARI: RM2,400 (1 malam)
FACEBOOK: One&Only Desaru Coast