Tealive Bandar Mahkota - Jom Kembali Ke Zaman Sekolah Di Outlet Tealive Unik Ni

FOODIE
December 10, 2020 - 01:38 PM


Kepada peminat Tealive di luar sana, korang tahu tak ada sebuah kedai Tealive yang menggunakan konsep zaman sekolah sebagai design mereka? Memang mengimbau kenangan betul bila masuk ke kedai ni, yelah, zaman sekolah dulu merupakan salah satu zaman yang penuh dengan memori pahit manis dalam hidup kita kan? 

Jadi kalau korang nak kembali ke zaman nostalgia tanpa perlu pergi ke sekolah lama korang, apa kata datang ke outlet Tealive yang terletak di Bandar Mahkota Cheraas ni. Memang penggunaan warna menggambarkan suasana sekolah, malah mereka juga meletakkan papan tanda seperti 'koperasi' dan 'bilik guru' di kedai tersebut. Memang feel sekolah tu datang balik guys.

Bukan tu je, kalau korang peminat Oh My English, sudah pastinya tema warna di kedai ini akan mengingatkan korang kepada series tersebut. Jadi korang boleh lepak di sini dan acah-acah korang berada di set penggambaran Oh My English. Dan yang paling best, tak ada cikgu disiplin di kedai ni, pakai la baju apa pun yang korang nak. Ini bukan sekolah sebenar ya.

Jadi kalau korang nak minum Tealive sambil menikmati suasana dan pengalaman unik bolehlah datang ke outlet Bandar Mahkota Cheras ni. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak ya. Nak feel lebih, korang boleh buat reunion dengan kawan sekolah korang di outlet ni. Kalau ekstrem sikit, datang kedai ni pakai baju sekolah untuk bergambar. Have fun guys!

Kredit Gambar: Twitter (@zhantafa)

Destination: