Terrapuri Heritage Village - Resort Warisan Asli Yang Berusia 200 Tahun
Terengganu sememangnya sebuah negeri yang sangat cantik dan penuh dengan lokasi-lokasi menarik dari segi penginapan mereka hinggalah ke makanan yang sangat menyelerakan. Jadi untuk korang yang ada plan nak pergi bercuti di Terengganu dan nak belajar tentang budaya orang disana, min suggest untuk duduk di Terrapuri, sebuah villa warisan yang sangat cantik di tepi laut.
Terrapuri bermaksud The Land of Palaces (Tanah Istana) dan ianya merupakan sebuah resort yang sangat unik kerana mereka juga berfungsi sebagai salah satu projek pemuliharaan. Kalau korang lihat gambar-gambar resort ni, korang akan dapat lihat design yang digunakan mengambil inspirasi dari istana-istana lama di Terengganu. Design tradisional rumah Melayu juga sangat cantik di Terrapuri.
Satu lagi fakta menarik di Terrapuri ni adalah villa yang korang nampak di sini sebenarnya merupakan rumah tradisional asli yang berusia antara 100 hingga 200 tahun tau! Mereka telah menaik taraf vila-vila di sini sebagai usaha mereka dalam memulihara budaya di sana. Jangan risau la, kemudahan asas seperti aircond, air panas, dan segala kemudahan yang ada di hotel biasa ada di sini.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah pergi berjalan atau mandi di pantai, guna basikal resort untuk cycling, dan juga mandi swimming pool yang ada. Breakfast turut disediakan sepanjang penginapan dan korang boleh bayar extra untuk lunch dan dinner dan makan di restoran mereka, Sesayap Courtyard. Memang sedap tau masakan diorang. Untuk info lebih lanjut boleh klik di link bawah:
Alamat: Terrapuri, Kampung Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu, Malaysia
Laman Web | Facebook | Instagram
Kredit Gambar: @faizalaqmal, @by_mrtaufiq