The Dusun Mantin - Staycation Terbaik Di Seremban Yang Korang Wajib Pergi!

January 06, 2021 - 08:33 AM


Negeri Sembilan mempunyai banyak lokasi-lokasi menarik yang ramai tak tahu. Terutamanya lokasi penginapan yang sangat unik jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Jadi kalau korang ada plan nak pergi bercuti ke Negeri Sembilan terutamanya Seremban, korang patut duduk di The Dusun Mantin. Memang sangat cantik dan unik resort ni. 

The Dusun Mantin diberi nama dusun kerana pada asalnya resort ini merupakan sebuah dusun durian. Owner ni tukar dan upgrade dusun ni menjadi resort sebab beliau mahu berkongkis keindahan dusun tersebut kepada orang ramai. Dan bila dibina di atas dusun durian, sudah pastinya korang boleh makan durian yang ada di sini, free je tau.

Yang paling best design yang digunakan di sini sangat unik yang diperbuat daripada kayu dan menggunakan gabungan tradisional Melayu dan moden. Daripada rumah korang, pemandangan hutan lipur semulajadi yang tak pernah disentuh oleh manusia terpampang indah. Terdapat 7 jenis rumah yang korang boleh pilih, boleh klik pada link ini untuk lihat lebih lanjut. 

Fasiliti yang ada di sini memang best seperti infiniti pool yang menghadap keindahan hutan dan bukit bakau, peralatan bbq, dan setiap rumah dilengkapi dengan dapur sendiri. Banyak aktiviti yang korang boleh buat di sini, nak cerita satu-satu memang panjang jadi korang boleh tengok list ni:

  • Jungle Trekking ke air terjun
  • Berjalan dalam hutan
  • Photography workshop
  • Massage
  • Taman Rusa

Jadi kalau korang nak staycation terbaik di Negeri Sembilan, bolehlah pergi ke The Dusun Mantin ni. Untuk info lebih lanjut korang boleh lawati laman web rasmi mereka dan media sosial di bawah.

Alamat: 3437, Kampung Kolam Air Mukim, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: