Villa D'Acqua Homestay - Lokasi Terbaik Untuk Getaway Bersama Keluarga
Bandar Melaka merupakan lokasi percutian yang sangat best buat orang ramai. Ini kerana negeri tersebut mempunyai pelbagai tarikan unik dan bersejarah yang sesuai untuk semua peringkat umur. Malah lokasi penginapan di sini pun best-best tau. Dan salah satunya adalah Villa D'Acqua Homestay yang terletak di Masjid Tanah.
Homestay mewah ni memang sangat sesuai untuk buat gathering beramai-ramai kerana ianya boleh memuatkan dari 5 hingga 8 orang. Korang boleh pilih dari beberapa Villa Suites dan Penthouse yang ada di sini. Kenapa sesuai untuk gathering? Sebab mereka ada letak TV yang besar gedabak dan projector untuk movie night korang!
Selain itu, korang juga boleh menyelam di kolam renang yang disediakan. Ada aktiviti lain yang korang boleh buat seperti karaoke, memanah, atau korang boleh ambil pakej outdoor yang disediakan. Pakej tersebut membolehkan korang untuk melakukan aktiviti ATV ride. Kalau nak buat birthday party dan sebagainya, boleh juga menyewa ruangan outdoor yang disediakan.
Jadi kalau korang nak pergi ke Melaka pada masa akan datang bersama rakan-rakan atau keluarga secara beramai-ramai, bolehlah pergi menginap di Villa D'Acqua Homestay Masjid Tanah ni. Memang sangat best dan macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan. Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke laman web rasmi mereka di bawah.
Alamat: 140, Jalan Lubuk Redan / Kampung Pulau Masjid Tanah