Dugaan Rider FoodPanda Terpaksa Naik Flat Yang Sangat Kotor Dan Jijik Di Pulau Pinang

TERKINI
January 26, 2021 - 05:46 PM


Orang kata biar kita tak ada duit, tapi jangan jadi pengotor. Itulah ungkapan yang sering didengari oleh rakyat Malaysia. Tapi sebaliknya yang berlaku di sebuah kawasan flat di Perai, Pulau Pinang. Keadaan yang sangat kotor dan jijik dapat dilihat melalui video yang dimuat naik oleh seorang rider FoodPanda di Tik Tok. Memang tak sangka ada orang boleh hidup dalam keadaan sebegitu. 

Video ini dimuat naik oleh Hibatullah Danial apabila beliau dipaksa untuk naik hantar ke hadapan pintu rumah pelanggan. Menurut Danial, pelanggan tersebut berkeras dan tidak mahu turun dari rumahnya. Oleh itu Danial terpaksa mengharungi persekitaran yang kotor dan penuh dengan sampah. Bukan itu sahaja, malah kebanyakan lantai juga basah akibat bekas makanan dan sisa yang dibuang begitu sahaja.

Namun begitu, ada juga penduduk di sini yang faham dengan situasi di flat mereka dan turun mengambil makanan. Danial berasa tidak selesa untuk naik kerana persekitaran yang sangat kotor dan keadaan COVID-19 di Malaysia yang semakin teruk sekarang ini. Video tersebut mendapat tontonan lebih dari 1 juta pengguna di Tik Tok. 

Dan seperti yang korang jangka, pengguna di Tik Tok memberi respon yang negatif terhadap persekitaran flat ini. Ada juga yang tak boleh 'brain' macam mana manusia boleh tinggal di tempat sebegini dan tak dapat bayangkan bau di kawasan tersebut. Apa pun korang boleh tengok sendiri video dari Danial di bawah. Ingat, jangan jadi pengotor ya wahai pembaca sekalian. 

 

@hibatullahdanial

tanpa hashtag konfem fyp 🤣

♬ original sound - Hibatullah Danial
Destination: