Kuang Kampung Retreat - Rumah Kampung Yang Mempunyai Indoor Pool Di Selangor

March 10, 2021 - 03:01 PM


Nature retreat unik di Selangor!

Di Selangor ni sebenarnya banyak lokasi nature retreat dan resort yang terletak berdekatan dengan hutan dan air terjun/sungai. Lokasi-lokasi ini menjadi pilihan orang ramai kerana mereka ingin merehatkan diri dari segala kesibukan bandar dan kerja. Kalau korang nak cari lokasi baru untuk rilekkan diri pada hujung minggu, korang boleh cuba duduk di Kuang Kampung Retreat.

Kuang Kampung Retreat ini terletak di Sungai Buloh, Selangor dan hanya 30 minit sahaja dari bandar Kuala Lumpur. 

Nature retreat ini boleh memuatkan sehingga 8 orang, jadi memang sesuai untuk korang yang ingin meluangkan masa bersama keluarga besar. Yang paling bestnya bila duduk sini, korang tak perlu berkongsi dengan orang lain. Satu villa ni korang punya!

Terdapat 3 bilik tidur yang juga dilengkapi dengan katil sofa beserta 3 bilik air. Jangan risau segala kemudahan asas seperti aircond dan air panas juga ada. So korang boleh menikmati suasana kampung tetapi versi moden. Ruang tamu dan ruang makan serta dapur yang lengkap juga ada. Bolehlah kalau korang nak memasak. 

Tarikan utama di Kuang Kampung Retreat ini adalah kolam indoor dia.

Siapa sangka rumah design kampung ni ada kolam indoor, dan yang paling menarik, design kolam ini memang sangat kena dengan astetik villa ini. Ada sliding door antara kolam tu untuk memastikan anak-anak kecil tidak terjun ke dalam tanpa pemerhatian korang. 

Jadi kalau korang ingin mencari lokasi percutian untuk spend masa bersama keluarga, Kuang Kampung Retreat adalah pilihan terbaik untuk korang!

Alamat: Lorong Orkid Kuang, 47100 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia

Harga: RM1,097 (Untuk 8 orang)

Airbnb

Destination: