Korea Selatan Merancang Buka 'Travel Bubble' Untuk 3 Negara Ini
TERKINIKorea Selatan sedang melakukan satu perancangan baharu untuk buka gelombang perjalanan kepada 3 negara ini iaitu Singapura, Thailand dan Taiwan pada Julai ini. Kenyataan dari Kementerian Perhubungan Korea Selatan, sejumlah peraturan baharu akan diterapkan dalam gelembung perjalanan ini.
Di dalam proses perjalanan itu, pertama sekali Korea Selatan hanya akan membenarkan kumpulan pelancong untuk datang ke Korea. Kedua, jadual penerbangan hanya sebanyak 1 atau 2 kali dalam seminggu perjalanan dan membawa 200 penumpang dalam satu kapal terbang.
Ini antara langkah yang telah dirancang oleh pemerintah Korea Setelah mengumumkan peraturan penjarakan sosial baru-baru ini.
Ini membolehkan pelancong merentasi sempadan tanpa perlu kuarantin dan bebas bergerak di zon-zon yang ditetapkan oleh pemerintah Korea Selatan. Pelancong hanya perlu menunjukkan pasport vaksin dan ujian COVID-19, iaitu RT-PCR yang diambil 72 jam sebelumnya sampai ke destinasi mereka. Keputusan ujian perlu negatif kerana tiada pusat kuarantin akan di adakan pada hari ketibaan.
Namun, kini ada peningkatan dalam kes COVID-19 di Taiwan, berkemungkinan Korea Selatan akan membuka lebih luas 'Travel Bubble' ke negara lain seperti Guam, Saipan dan Singapura. 3 negara ini menunjukkan sependapat dan setuju untuk bekerjasama dalam merealisasikan gelembung perjalanan dan ianya akan ditentukan pada Julai ini.
Sumber: Verst