"Comel Je Kucing Ni Tapi Berak Bersepah!", Petua Elak Kucing 'Melabur' Merata-Rata
GAYA HIDUPDi perjiranan rumah korang pernah tak ada kucing buang air besar bersepah di halaman depan rumah, lepas tu korang sendiri nak angkat dan buang sendiri. Geli kan nak buat tapi siapa lagi nak bersihkan, takkan kucing tu sendiri pulak.
Kucing ni pulak akan meninggalkan tanda di tempat mereka buang najis walaupun sudah dibersihkan di situ. Kebanyakan kucing liar akan buat macam ini. Kalau kucing jiran korang buat perangai begini, lebih baik settle dengan tuan empunya kucing tu.
Pelbagai cara terdapat untuk mencegah kucing liar membuang najis sembarangan di halaman rumah anda.
1. Sebar aroma dibenci kucing
Menjadi sifat semula jadi kucing mencari tempat di tinggalkan tandanya dan salah satu cara menghentikan tabiat mereka itu adalah dengan menyebarkan aroma ynag di benci kucing.
Bau seperti lavender, pudina atau kayu manis yang kuat dan akan menjauhkan diri mereka. Kucing sangat sensitif terhadap bau yang kuat.
Pilih salah satu daripada aroma ini, campurkan dengan air dan curahkan ke kawasan halaman anda. Walaupun baunya tidak dapat bertahan lama namun cara ini jimat dan tidak membahayakan kucing.
Ulang beberapa kali sehingga kucing tidak lagi muncul di halaman rumah anda dan meninggalkan jejaknya!
2. Kulit limau
Boleh cuba menggunakan kulit buah limau atau lemon dan letakkan di sekitar halaman rumah bagi menyelesaikan masalah ini.
Bau asid daripada limau atau lemon membuat kucing tidak menyukainya. Untuk lebih keberkesanan, perah air buah pada lantai atau rumput.
3. Ranting
Kucing biasanya tidak akan berjalan di kawasan yang banyak berduri atau benda asing di atas tanah bersepah hingga suakr untuk berjalan. Boleh cuba taburkan ranting di atas tanah dan sepah-sepahkan supaya tutup di kawasan rata.
Tidak apa kalau halaman korang nampak kurang sedap mata memandangan dengan ranting bersepah, tapi itu sahaja cara nak elak kucing dari buang najis.
4. Pisang
Ambil pisang dan potong halus dan taburkan ke atas lantai. Bau pisang sangat sensitif bagi kucing jadi boleh cuba untuk elak kucing dari buang air besar.
Nak lagi elok guna pisang dah matang kerana ianya mengeluarkan bau yang kuat dan kucing pasti lari. Jangan sampai monyet pulak yang datang rumah korang amik pisang.
Petua-petua ini telah diguna pakai oleh persatuan ibu-ibu di rumah, menjadi atau tak itu kena cuba dulu. Tapi macam mana kalau kucing jiran datang buang air besar kat rumah kita, takkan nak bergaduh dengan jiran pulak? Budi bicara elok-elok lah ya.
Sumber: mstar