"Muhyiddin Ingkar Titah Agong" Zahid & UMNO Gesa Muhyiddin Letak Jawatan
TERKINIAwal hari ini, Istana Negara mengeluarkan kenyataan rasmi mengemukakan rasa dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap tindakan Menteri Undang-Undan,g Takiyuddin Hassan yang mengumumkan pembatalan ordinan darurat pada 26 Julai lalu adalah mengelirukan kerana ia tidak dapat perkenan dari Agong.
Terkini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa ahli-ahli Parlimen partinya untuk menarik sokongan ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi memenuhi sumpah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah mengangkat sumpah jawatan untuk menumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutan pada setiap masa, maka tindakan kerajaan pimpinan Muhyiddin telah ingkar titah Agong.
UMNO melalui Zahid Hamidi kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Muhyiddin dan menganggap tindakan tersebut sebuah bentuk penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong, bahkan membelakangi prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan dengan itu, UMNO akan meminta Muhyiddin Yassin dan Takiyuddin Hassan untuk meletakkan jawatan secara terhormat.