Didakwa Hina Institusi Diraja, Muhyiddin Pertahan Kenyataan Dikeluarkan Adalah Fakta
TERKINIPengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapannya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak berniat menghina institusi raja.
Bekas Perdana Menteri itu menerusi satu kenyataan memaklumkan ucapan berkenaan adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut.
Aku tengok ceramah ni semalam.
— JOKER🔺️ (@tjerealjoker) August 15, 2024
Muhyiddin dok ulang citer PRU, dia patut jadi PM.
Dia menang 115 kerusi, dia patut jadi PM Dia bagi duit kat Rakyat, dia patut jadi PM
Dia urus Covid dengan baik, dia patut jadi PM
Smpi harini tak puashati dgn Agong 🤦
pic.twitter.com/R18gCtI2Rm
“Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara,” kata Presiden Bersatu itu menerusi Facebook pada Isnin.