Muhyiddin Masih Perdana Menteri, Agong Perkenan Keabsahan Muhyiddin Ditentu Di Parlimen September Ini

TERKINI
August 05, 2021 - 08:30 AM


Pada awal semalam, hari Rabu, ramai rakyat Malaysia yang tertanya-tanya tentang kedudukan kerajaan kita yang terkini selemas kemelut politik yang tidak berpenghujung ditambah pula dengan protes daripada blok pembangkang, dan kenyataan dukacita dari YDPA awal minggu ini. 

Namun, keputusan telah dibuat dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia dan keabsahan beliau hanya bakal ditentukan dalam usul percaya dalam Sidang Dewan Rakyat pada bulan September akan datang ini. 

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan terhadap perkara itu sewaktu menghadap Seri Paduka hari ini. Dalam majlis menghadap pagi semalam, Muhyiddin telah menyembah memaklumkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau telah menerima sejumlah surat akuan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan bahawa masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

Sehubungan itu, peletakan jawatannya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit.