Agong Isytihar Darurat Sehingga Bulan Ogos Tahun Ini
TERKINIBaru semalam kita dapat berita tentang PKP 2.0, hari ini rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sehingga 1 Ogos 2021. Proklamasi darurat tersebut perdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan selepas cadangan tersebut diberi dalam Kabinet semalam.
Jadi apakah maksud darurat tersebut? Jangan risau, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengisytiharan darurat sehingga Ogos ini bukan bentuk rampasan kuasa tentera. Malah perintah berkurung juga tidak akan dikenakan terhadap rakyat Malaysia. Tetapi pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil tidak akan berlaku sepanjang tempoh ini.
Malah Parlimen dan Sidang Undangan Negeri juga ditangguhkan. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, satu Jawatankuasa Bebas yang dianggotai oleh ahli parlimen, pembangkang, dan pakar kesihatan akan ditubuhkan. Tujuan jawatankuasa tersebut adalah untuk berbincang dan memberi maklumat kepada Seri Paduka Baginda sekiranya darurat ini boleh ditamatkan lebih awal.
Sri Paduka Baginda juga menyeru rakyat jelata agar berdisiplin dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan semua perintah yang telah diberikan oleh Kerajaan dan agensi-agensi kerajaan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP dan darurat ini. Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya bertenang, cekal, dan tabah menghadapi darurat dan PKP ini demi kepentingan dan keselamatan bersama.
Sumber: Harian Metro