PKP Tak Akan Dilanjutkan, Sebaliknya Diganti Dengan PKPB

TERKINI
January 27, 2021 - 04:25 PM


Kepada semua yang terjejas akibat perlaksanaan PKP 2.0 sekarang ini, korang boleh menarik nafas lega kerana PKP 2.0 tidak akan dilanjutkan selepas Febuari. Ini kerana ianya akan memberi kesan negatif kepada ekonomi sekiranya diteruskan, jadi PKP akan digantikan dengan Perintakh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas empat minggu ini tamat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi negara adalah penting. Dan melalui pelaksanaan PKPB, negara kita mampu untuk mengurangkan jumlah kes positif kepada dua angka menjelang bulan Mei akan datang. Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab Taklimat Media Darurat COVID-19 KKM secara online.

Namun begitu, demi memastikan penurunan kes secara optimal, SOP yang jelas perlu disediakan untuk PKPB akan datang. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, SOP yang jelas adalah perlu agar setiap sektor ekonomi yang dibuka tidak akan mengambil kesempatan dengan kelembutan kerajaan.

Petugas kesihatan juga mahukan satu hala tuju yang jelas dalam melawan wabak COVID-19 di Malaysia. Ini sangat penting kerana fasiliti kesihatan dijangkakan tidak akan mencukupi pada hujung bulan ini sekiranya kes tidak menurun. Apa pun kita sama-sama perlu menjaga SOP dan memakai penutup muka bagi membantu mengurangkan kes positif di Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia, Kosmo

Destination: