Rentas Daerah Dah Dibenarkan, Tapi Rentas Negeri Masih Tak Boleh Ya!

TERKINI
March 02, 2021 - 06:41 PM


Seperti yang diharapkan oleh kebanyakan pihak -- akhirnya hari ini Kerajaan mengumumkan untuk membenarkan perjalanan RENTAS DAERAH di seluruh negara, kecuali Sabah!

Bagaimanapun, rentas negeri tetap masih BELUM DIBENARKAN.

Berita baik ini diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang turut mengumumkan bahawa 4 negeri yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang -- bakal bertukar status kepada PKP Bersyarat (PKPB) bermula 5 hingga 18 Mac ini.

Manakala, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak pula masih kekal dalam status PKPB juga dalam tempoh yang sama.

Enam negeri yang berstatus PKPB sejak 19 Februari lalu sehingga 4 Mac ini pula ditukar kepada PKP Pemulihan (PKPP).

Ia melibatkan Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan.

Kesemua pelaksanaan PKPB dan PKPP ini berkuatkuasa 5 sehingga 18 Mac 2021 -- kecuali Sarawak dari 2 sehingga 15 Mac. 

Sumber: Mstar

Destination: