PKP Dilanjutkan Hingga 18 Februari & Rentas Negeri Masih Dilarang!

TERKINI
February 02, 2021 - 04:08 PM


Teka-teki mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung ataupun tidak, akhirnya telah terjawab hari ini dengan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PKP 2.0 yang sepatutnya berakhir pada 4 Februari ini DILANJUTKAN selama dua minggu bermula 5 Februari sehingga 18 Februari depan.

PKP itu dilanjutkan di seluruh negara kecuali Sarawak yang kini dikuat kuasakan PKP Bersyarat (PKPB).

Aktiviti rentas negeri dan sebarang kegiatan sosial juga masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP nanti.

Sumber: Mstar

Destination: