Panggung Wayang Dah Beroperasi Semula Gais!

PANAS
March 03, 2021 - 05:49 PM


Mesti ramai yang dah lama menunggu pengumuman ini, terutama sekali korang yang suka tengok wayang.  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dah umum yang panggung wayang dah dibenarkan untuk beroperasi semula dalam PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP). 

Tetapi pembukaan panggung wayang kali ini akan tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan serta SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan merangkumi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan.

Pastikan korang patuh pada SOP bila korang di panggung wayang nanti!

Pada hari yang sama, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun mengumumkan status PKP di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang ditukar kepada PKPB berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac ini, dan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dengan PKPB.

Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status kepada PKPP, dan Perlis kekal sebagai negeri berstatus PKPP.

Jadi, semua orang dari semua negeri seluruh Malaysia dah boleh tengok wayang. 

Sumber: myMetro

Destination: