"Kata Full House, Tapi Kosong Je" - Ramai Sangsi Kutipan RM1 Juta Filem Anwar: The Untold Story

TERKINI
May 22, 2023 - 04:24 PM


Jika sebelum ini ramai yang mempersoalkan review selepas tayangan perdana filem Anwar: The Untold Story yang diberi beberapa netizen hanya 1.5 bintang daripada keseluruhan 5 bintang -- kini timbul pula persoalan mengenai kesahihan laporan yang mendakwa filem biopik pertama negara itu mencipta sejarah apabila mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangannya, 18 Mei lepas.

Menurut DMY Creation selaku pengedar rasmi filem biopik berdurasi 108 minit itu ditayangkan di lebih 1,000 skrin membabitkan 120 pawagam di seluruh Malaysia.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Yusoff mengesahkan -- kutipan RM1 juta itu diperoleh pada hari pertama tayangan di pawagam seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Lebih menggembirakan katanya rakyat Malaysia terbukti memilih menonton filem biopik yang mengangkat kisah perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding karya antarabangsa seperti filem Fast X yang turut ditayangkan pada waktu sama.

Bagaimanapun di Twitter, ada pula netizen yang mempersoalkan kesahihan kutipan tayangan RM1 juta itu memandangkan kata mereka setelah dilihat tempahan online di beberapa panggung wayang tidak penuh seperti didakwa Penerbit Eksekutifnya, Zunar bahawa pawagam di MidValley dan Pulau Pinang yang dikatakan sudah penuh dan ditempah lebih awal untuk tayangan filem ini.

Malah menurut laporan media sebelum ini, Zunar yang juga penulis cerita asal filem berkenaan turut memaklumkan bahawa hasil tinjauan -- orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang memenuhi beberapa pawagam terpilih sekitar Lembah Klang seperti di Atria, MBO, Paradigm Mall, One Utama dan KLCC untuk menonton filem ini.

Sedangkan setelah netizen membuat carian tempahan filem berkenaan di laman web panggung wayang, ianya tidak 'semeriah' sambutan yang digambarkan hingga menimbulkan kesangsian mengenai kejayaan RM1 juta itu.

Oleh itu, timbul spekulasi yang mendakwa rekod jumlah kutipan RM1 juta itu diraih setelah kebanyakkan kroni filem berkenaan dan juga penyokong tegar mereka sahaja yang membeli tiket dalam kuantiti yang banyak sebelum ditawarkan secara percuma kepada orang ramai untuk menontonnya.

Anwar: The Untold Story dibintangi Farid Kamil yang memegang watak Anwar, manakala aktres popular Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.

Selain itu, filem berdurasi berlatarkan tempo antara 1993 dan 1998 ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berdurasi 108 minit turut dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau dan Dew Irawan.

la menemui penonton di 124 pawagam seluruh Malaysia sejak Khamis lalu (18 Mei 2023).

Destination: