"Rating 1.5 Bintang Je" - Skrip 'Anwar The Untold Story' Merapu, Lakonan Tak Capai Standard Filem Biopik

TERKINI
May 12, 2023 - 06:06 PM


Baru-baru ini telah berlangsung majlis tayangan perdana "Anwar: The Untold Story" iaitu sebuah filem yang memaparkan kisah hidup serta perjuangan politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadiri beliau sendiri sambil ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur.

Filem biopik tersebut dilakonkan oleh pelakon popular, Farid Kamil, Acha Septriasa serta ramai lagi.

Filem ini merupakan antara yang dinanti-nantikan oleh para peminat filem bergenre biografi -- lebih-lebih lagi apabila menerusi filem tersebut dibangkitkan segala kisah sebenar yang terjadi pada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum beliau bergelar Perdana Menteri.

Namun di sebalik kemeriahan tayangan perdana filem berkenaan, di Twitter ada individu yang memberikan ulasan bahawa filem Anwar The Untold Story itu tidak mencapai standard seperti yang dibayangkan dan hanya memberi 1.5 bintang untuk rating.

Menurut individu tersebut, skrip yang digunakan dalam filem itu didakwa merapu -- malah turut berkata lakonan pelakon utama perlu diperbaiki lagi.

Individu itu juga merasakan filem Anwar The Untold Story patut ‘diperam’ dahulu sebelum ditayangkan di pawagam agar hasilnya akan lebih baik daripada ini.

Dalam pada masa yang sama, individu tersebut turut berharap agar penerbit-penerbit di Malaysia memperbanyakkan lagi filem biopik seperti ini.

Destination: