[VIDEO] PM Anwar Orang Malaysia Pertama Ada Digital ID

TERKINI
December 01, 2023 - 11:56 AM


Sebuah sistem baharu yang dipanggil Digital ID bakal diperkenalkan untuk rakyat Malaysia bermula 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah mendaftarkan diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID, menjadikan beliau individu pertama di negara ini yang memiliki kemudahan Digital ID.

Digital ID adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bernama (@bernamaofficial)

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID merupakan platform yang dipercayai selamat, serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), ID Digital Nasional ini dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.

Pada 21 November lepas, Anwar mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM80 juta kepada agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mimos Bhd, untuk menyegerakan pelaksanaan Digital ID dan memperkasakan transformasi digital, serta membangunkan inisiatif digital khususnya membabitkan urusan dengan kerajaan.

Anwar juga dilaporkan berkata pendaftaran Digital ID juga langkah awal dalam pemberian subsidi bersasar, serta pelbagai kemudahan lain oleh jabatan kerajaan dan pihak swasta.

Dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mendaftar dengan Digital ID, ia bakal memberi keyakinan kepada rakyat mengenai keselamatan serta ketelusan sistem berkenaan.

 

Sumber: Bernama

Destination: