Betul Ke Ada Pihak Guna Taktik "Paksa Rela" Abam Bomba & Pelajar Tonton Filem 'Anwar:The Untold Story'?

TERKINI
May 24, 2023 - 03:16 PM


Lagi kontroversi tentang filem yang "terpaling hot" di pawagam Malaysia iaitu 'Anwar : The Untold Story'.

Selepas mendakwa telah mencipta sejarah kerana mencatat hasil kutipan RM1 juta ringgit pada hari pertama tayangannya -- sedangkan realitinya tempahan tiket wayang ternyata 'sendu' dan banyak kerusi kosong.

Kali ini ada pula pendedahan yang dibuat beberapa netizen di laman media sosial mendakwa terdapat sekolah yang menganjurkan Program Tayangan Eksklusif 'Anwar : The Untold Story' bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di panggung wayang GSC Alamanda, Putrajaya.

Menerusi perkongsian surat pekeliling bertarikh 23 Mei 2023 -- program tayangan eksklusif yang diberikan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar Tingkatan 6 itu menimbulkan pelbagai persoalan mengenai tujuan utama mengapa warga pendidik dan anak murid seakan 'dipaksa' menonton filem tersebut atas nama jemputan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lebih mengecewakan apabila pelajar disarankan untuk menonton wayang tersebut di pawagam dengan menggunakan kenderaan sendiri.

Ramai yang mempersoalkan alasan kerelevanan arahan terbaharu itu yang seolah cuba mempolitikkan institusi pendidikan negara.

Lebih mengejutkan rupa-rupanya bukan sahaja sekolah -- di Twitter juga ada netizen yang memuat naik maklumat mendakwa sebuah memo dikeluarkan Pejabat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur membuat jemputan ke Program Tayangan Amal Filem 'Anwar : The Untold Story'.

Nampaknya banyak juga 'usaha' dan taktik dilakukan pihak tertentu bagi memastikan filem biopik itu terus mendapat tontonan seluruh rakyat Malaysia!

Sementara itu, Pelakon dan Penyanyi, Abby Abadi menerusi TikTok dilihat memuji hasil karya filem Anwar : The Untold Story yang menterjemahkan kisah perjuangan Perdana Menteri ke-sepuluh itu.

Dengan memberikan tajuk video TikToknya sebagai "Must Watch Movie" -- namun di caption beliau sendiri memberikan pandangan peribadi bahawa filem tersebut sememangnya diakui sedikit meleret dan seolah tiada pengakhiran.

Oleh itu, bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim itu berharap agar filem berkenaan disambung untuk terbitan naskah episod ke-2 pula memandangkan ceritanya seperti tidak mempunyai penamat.

@abbyabadi112 Anwar The Untold Story ❤️ 9/10 … sbb ada scene2 yg pada Sy drag sikit & cerita mcm tak selesai🫢 Tapi keseluruhan utk yg ini, Alhamdullillah.. buleh faham. Acha Septriasa hebat, Farid Kamil juga tidak meengecewakan👍🏻☺️ Kena tonton… bukan sahaja utk anak muda, utk yg dah tua2 pun, yg tak pernah ambil tahu, tak ambil peduli tentang Politik Negara, kena tahu cerita2 ini.. 😶‍🌫️ Setelah 25tahun 🥲 DS @anwaribrahim_my ❤️ Waktu tu Sy sibuk menyanyi pastu sibuk shooting…. bila mendengar DSAl dipecat, walaupun sy tidak faham & tidak mengambil tahu hal2 politik, tp hati kecil sy berkata.. Ada sesuatu yg tidak kena & DSAI tidak bersalah…. sbb tiba2 sangat! Gandingan yg sangat hebat dimata Sy waktu itu diantara Tun Mahathir & DSAI, dan tiba2 DSAI dipecat 🥺 Dalam pada tak faham2 tu, Sy ingat lagi walaupun berseorangan, sy pergi berkejar ke rumah DSAI tempat ramai penyokongnya berkumpul.. takde parking, sy memerhati dari dalam kereta.. sbb nk turun segan nanti org kenal. Nak bercerita panjang pun dah ingat2 lupa.. tp Sayunya hati ini waktu tu hanya ALLAH yg tahu..(nk share gmbr pun hp lama tah kemana)🫢 Dipendekkan cerita… hari berganti hari, bulan berganti bulan.. tahun berganti tahun.. DSAI melekat dalam kepala Sy.. Sy mengikuti perkembangan kes beliau, cuma Sy tak mampu nk buat apa2.. sbb zaman tu kalau tak sokong kerajaan, artis takut kena banned☺️ Sy tampal sticker Keadilan kt keretapun Sy, ada pengarah tegur Sy, jangan Abby.. nanti kalau tak buleh berlakon nanti… Sy ingat lagi dialog ni 😶‍🌫️ Jadi sampailah pada harini, apabila DSAI di naik darjatnya oleh ALLAH sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun fitnah tak pernah berhenti, Sy tetap yakin yg DSAI adalah yg terbaik utk memimpin Malaysia 🥰 Buat DSAI.. Terima Kasih kerana bertahan…..berpuluh tahun, korbankan diri Demi Malaysia yg lebih baik.. Jaga kesihatan sbab risau Sy tengok DSAI aktif sangat.🫢😍 Ikhlas, Abby Abadi #IngatSydalamdoaDSAI #dapatmasyksyurgatariksayasama ♬ Menjaga Cintamu - Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story - Dato' Sri Siti Nurhaliza

Meskipun berbeza nada, namun Abby Abadi tetap menyarankan orang ramai untuk menonton filem berkenaan yang disifatkan beliau gandingan Farid Kamil dan Acha Septriasa sebagai Anwar dan Azizah sangat menyentuh hati.

Sekadar info, Abby Abadi merupakan peminat setia Anwar Ibrahim namun katanya dia tidak mampu menonjolkan kepada umum kerana bimbang akan disekat daripada terlibat aktif dalam dunia hiburan.

Destination: