[VIDEO] "Motif Jemput Anak Tahfiz Tengok Konsert?" - Viral Video Pelajar Tahfiz Dibawa Tengok Konsert KEPCI Ada PMX

TERKINI
August 29, 2023 - 03:49 PM


Seperti yang kita tahu baru-baru ini, bersempena sambutan ulang tahun ke-50 KFC telah diadakan sebuah Konsert KEPCI Music Fest yang meriah dengan disaksikan lebih 8,500 penonton membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam -- termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berserta isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu turut menampilkan barisan penyanyi baharu dan legenda tempatan seperti Datuk Amy Search, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Misha Omar, Bunkface dan ramai lagi.

Namun ada sedikit berita yang kurang enak didengari dan telah menjadi viral di media sosial apabila ramai mempersoalkan kehadiran sekumpulan anak-anak tahfiz yang dilihat berpakaian jubah dan berserban turut berada di konsert berkenaan.

Ada yang mempersoalkan mengapa dan apa tujuan sebenar pihak tertentu yang menjemput anak-anak tahfiz berkenaan untuk menghadiri sebuah konsert bersifat "lagha"!

Antara yang kesal dengan perkara itu adalah Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang turut sedih dan malu apabila melihat perkara tersebut didedahkan menerusi sebuah perkongsian video viral dikongsikan di media sosial baru-baru ini.

“Kepada pihak yang menjemput anak-anak tahfiz, jika dilihat kepada pakaian berjubah dan berserban ke konsert itu semalam, saya mohon sensitiflah sikit.

“Apa tujuan pergi hadap anak-anak pelajar agama ke konsert seperti itu? Apa nilai yang anda ingin sampaikan?

“Sedih dan terhiris hati rasanya melihat video anak-anak pelajar agama tercengang-cengang terkejut barangkali,” katanya menerusi siaran di Facebooknya.

Semalam, sebuah video tular di media sosial di mana sekumpulan remaja didakwa anak-anak tahfiz merupakan antara pengunjung yang dijemput hadir ke satu konsert.

Pengguna media sosial turut meluahkan rasa kesal melihat rakaman video tular persembahan kumpulan wanita, COEX di hadapan pelajar-pelajar tahfiz yang disifatkan agak keterlaluan dari segi tarian dan pakaian untuk dipertontonkan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Lagu yang dipersembahkan oleh COEX ketika itu juga berjudul Selamat Jalan Romeo dendangan Ramlah Ram.

@adikmanja8843

apa nk jadi dengan negara kita ni.. tangan-tangan yang mengangkat liberal jawablah dewan Allah

♬ Astaghfirullah (Album Version) - Haddad Alwi

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: