"Level Burger Stadium Je Ni!" - Lelaki Kecewa Bayar RM3 Dapat Burger Tak Cukup 'Sifat' Di R&R

TERKINI
August 30, 2023 - 01:51 PM


Kejujuran adalah perkara yang perlu ditekankan bagi setiap peniaga, bahkan ia dituntut dalam Islam demi mengejar keberkatan.

Namun masih ada sesetengah peniaga makanan yang cuba mencari keuntungan lebih hingga mengundang rasa marah pelanggan kerana merasakan diri mereka tertipu.

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Facebook mencuri tumpuan apabila dia memuat naik sekeping foto menunjukkan keadaan burger yang dibeli di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) -- namun tidak dinyatakan lokasi.

"Masuk n**k* terus je la (peniaga) yang jual burger macam ni dekat R&R," katanya merujuk kepada burger yang hanya mengandungi roti dan daging tanpa sayur.

Menurut individu itu lagi, dia tidak mempunyai isu jika peniaga menaikkan sedikit harga bagi makanan tersebut memandangkan kos bahan mentah yang semakin meningkat.

"Burger ni harga dia RM3. Kalau ye pun kos mahal, buatlah macam burger betul-betul. Harga letak mahal sikit pun tak apa janji cukup sifat burgernya.

"Ada timun dan mayonis pun kira okey dah. Banyak kali juga beli burger dekat R&R tak ada pula macam ni. Kali ni je kena scam (tipu)." tulisnva di ruangan komen.

Hantaran tersebut mengundang kecaman netizen setelah ia tular di Facebook.

Malah ada juga yang menyamakan keadaan makanan dijual sama seperti burger yang biasanya dijual kepada penonton di stadium ketika perlawanan bola sepak.

"Pernah kena juga. Daging tu keras sampai tak boleh gigit," kata netizen.

"Burger stadium be like. Level burger stadium ni.

"Ingatkan burger stadium bola," komen netizen.

Sumber: Mstar

Destination: