Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob! Siapakah Beliau?
GAYA HIDUPBiodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob! Siapakah Beliau? Nama Ismail Sabri agak panas sejak Covid-19 melanda kan. Kalau korang nak tau siapa Ismail Sabri ni? Kami rasa nama ini tidak asing lagi denagn rakyat Malaysia sebab hari-hari muka dia akan keluar kat TV.
Kalau korang nak tahu inilah dia Ayah kepada Dafi AF tu.
Jom kita tengok biodata ringkas tentang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Nanti manalah tahu nama ini yang dilantik sebagai PM9 kite dapatkan korang tau serba sedikit tentang beliau.
Biodata
Nama: Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tarikh Lahir: 18 Januari 1960
Tempat Lahir: Temerloh, Pahang
Pendidikan
Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)
Perkahwinan
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 bersama pasangannya iaitu Datin Sri Muhaini Zainal Abidin
Hasil perkahwinan mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu:-
- Nina Sabrina
- Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi
- Nashriq
- Iqbal
Kerjaya/Perkhidmatan
1985 - Peguam
1995 - 1999 - Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
2008 - 2009 - Menteri Belia dan Sukan
9 April 2009 - 2013 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
2013 - 2015 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2015 - 2018 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
12 Mac 2020 - Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)
7 Julai 2021 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Board of Director (BOD)
1987 - Ahli Majlis Daerah Temerloh
1996 - Ahli Majlis Perbandaran Temerloh
1995 - Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
1996 - Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
Politik
1987 - Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Temerloh
1988 - Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh
1993 - Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
2001 - Timbalan Ketua Bahagian
2004 - Ketua UMNO Bahagian Temerloh & Ahli Parlimen Bera, Pahang
Anugerah
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2004)
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2005)
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2008)
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)
Sumber: Wikipedia & Internet