Copenhagen Dinobatkan Bandar Paling Selamat Di Dunia

August 24, 2021 - 08:24 PM


Kalau dekat Malaysia, kita ada Taiping, bandar paling bahagia di Malaysia. Di Denmark pula, Copenhagen ialah bandar paling selamat di dunia. 

Di dalam sebuah kajian yang dijalankan Economist Intelligence Unit (EIU), Copenhagen dinobatkan sebagai bandar paling selamat di dunia dalam kajian edisi keempat itu. 

Ibu negara Denmark itu mengatasi bekas pelopor gelaran itu seperti Tokyo, Singapura dan Osaka menerusi Indeks Bandar Selamat yang kali pertama memasukkan elemen keselamatan alam sekitar. 

Kajian itu menilai lima aspek utama iaitu digital, kesihatan, infrastruktur, keperibadian dan alam sekitar dan Copenhagen menghuni carta teratas dengan skor 82.4 dari 100 markah.

Bandar di Eropah itu diikuti rapat oleh Toronto dengan 82.2 peratus, manakala, Singapura, Sydney dan Tokyo melengkapkan senarai lima teratas. 

Kajian melibatkan 60 bandar di dunia menerusi 76 indikator keselamatan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keselamatan global. 

Destination: