Vaksin 'Walk-In' Lembah Klang Dihentikan Selepas 15 Sept

GAYA HIDUP
September 08, 2021 - 03:44 PM


Ini ada satu berita terbaru mengenai program vaksinasi 'walk-in' di Lembah Klang!

Semua pengambilan vaksin secara 'walk-in' bakal dihentikan selepas 15 September ini dan penduduk di Lembah Klang yang belum divaksin bagaimanapun masih boleh mendapatkan suntikan di klinik kesihatan tertentu bermula 16 September nanti.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kadar penduduk di Lembah Klang yang masih belum divaksinasi adalah amat kecil dan kadar kehadiran rendah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

"Ini bermakna mulai 16 September, mereka yang belum diimunisasi, boleh dapat suntikan dos pertama di klinik kesihatan tertentu dengan senarai itu akan diumumkan kelak," tambahnya.

Jelasnya, proses vaksinasi secara ‘walk-in’ di negeri-negeri lain masih diteruskan dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat menerusi Jabatan Kesihatan negeri masing-masing.

Menurutnya, jumlah peratusan populasi dewasa yang lengkap imunisasi di Malaysia ketika ini adalah hampir 70 peratus iaitu melepasi sasaran 60 peratus yang ditetapkan.

Ia sekaligus membuktikan usaha Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai 80 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksinasi bagi setiap negeri sebenarnya mampu dicapai dalam masa singkat.

Sumber: Astro Awani

Destination: