iPhone 13 Tak Akan Guna Nombor 13?

GAYA HIDUP
September 10, 2021 - 06:29 PM


Betul ke iPhone 13 tak akan guna nombor 13? Kenapa pulak? 

Peminat koleksi gajet jenama Apple pasti tidak sabar menantikan telefon pintar baharu iPhone 13, yang akan dilancarkan minggu depan. Lapor The Sun, syarikat gergasi teknologi itu akan memperkenalkan koleksi telefon pintar baharu pada setiap tahun atau empat tahun sekali.

Tahun lalu, Apple memper­kenalkan koleksi iPhone 12, i­Phone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dan tahun ini, acara perasmian besar-besaran dijadualkan berlangsung 14 September ini.

Pembelian tempahan awal bermula 17 September dan tarikh keluaran sebenar berkemungkinan 24 September nanti.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menyifatkan telefon pintar koleksi terkini itu adalah model paling terbaik buat masa sekarang. Setakat ini, harga sebenar te­lefon itu belum didedahkan dan berkemungkinan harga yang ditawarkan tidak jauh beza de­ngan model sebelum ini.

Khabar angin mengatakan iPhone 13 akan menyediakan koleksi berwarna merah jambu dan oren.

Terdahulu, Mark Gurman dari Bloomberg berkata, iPhone keluaran baharu itu tidak akan menggunakan nombor 13 ke­rana dianggap ‘nombor malang’ bagi sesetengah negara.

Beliau mendakwa, Apple juga tidak mengeluarkan iPhone 9 dan sebaliknya terus menggunakan iPhone X kerana nombor sembilan sebenar­nya dianggap tidak bernasib baik di China.

Untuk itu Gurman meramalkan Apple akan menjauhkan diri daripada angka 13 kerana banyak orang takut nombor 13 kerana mereka percaya bahawa itu adalah nasib buruk sehingga angka tersebut kadang-kadang tidak digunakan sebagai bilangan tingkat di bangunan.