Dah Lengkap Vaksin? Tawaran ‘Vaxxed To Go’ Agoda Menanti Korang!

TERKINI
September 27, 2021 - 05:39 PM


Rakyat Malaysia kini mendapat sedikit kelonggaran untuk melancong semula dan dapat meninggalkan keresahan akibat duduk di rumah sekian lama.

Pelancaran program rintis "gelembung pelancongan" baru-baru ini bukan sahaja memberikan harapan kepada industri pelancongan tempatan, malahan individu yang telah menerima vaksin akan mendapat pelbagai manfaat penginapan dan tawaran yang eksklusif di bawah kempen Vaxxed To Go oleh Agoda.

Kempen ‘Vaxxed To Go’ telah dilancarkan untuk mempromosikan percutian untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin dan sedia untuk keluar melancong semula.

Kempen ini menawarkan pelbagai pakej unik yang boleh digunakan apabila kawalan pergerakan dilonggarkan kelak. Setiap pakej percutian disertakan dengan tiga atau lebih faedah dengan nilai tambahan, menjadikan pakej penginapan tersebut suatu tawaran yang amat berbaloi dan hebat.

Faedah tambahan membolehkan pelancong yang telah menerima vaksin untuk menikmati percutian yang lebih santai dengan kemudahan seperti keutamaan daftar masuk, daftar masuk lebih awal atau daftar keluar lewat; pelbagai diskaun harga untuk makanan dan minuman; dan tawaran pengalaman unik di dalam hotel seperti pakej spa dan kesejahteraan.

Tawaran dan faedah istimewa ini boleh didapati melalui platform Vaxxed To Go, dan hanya dikhaskan kepada pelancong-pelancong yang boleh membuktikan ketika daftar masuk bahawa mereka sudah menerima vaksin yang lengkap mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk melindungi warga kerja dan juga pelancong lain.

Setakat ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mentakrifkan individu yang “lengkap vaksin” sebagai mereka yang telah menerima dua dos vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac dan melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

Sementara itu, individu yang menerima vaksin satu dos seperti Cansino dianggap sebagai lengkap vaksin apabila melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Tempoh penginapan ‘Vaxxed To Go’ untuk tawaran istimewa ini bermula dari sekarang sehingga Jun 2022, dan pelancong boleh mendapat jaminan tempahan yang fleksibel melalui pilihan ‘EasyCancel’ Agoda, yang membolehkan individu membatalkan atau menukar tempahan penginapan mereka sehingga 24 jam sebelum daftar masuk.

Di samping menggalakkan pelancongan yang bertanggungjawab, Agoda juga menghulurkan bantuan secara langsung kepada inisiatif kemanusiaan untuk meningkatkan kadar vaksinasi di dalam negara. Untuk setiap tempahan yang dibuat di bawah ‘Vaxxed To Go’, Agoda akan menyumbangkan RM50, dengan jumlah maksimum RM125,000 kepada program vaksinasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) yang menyantuni masyarakat yang terpinggir di dalam negara.

Menerusi sumbangan ini, Agoda berharap dapat menyokong objektif MRCS dalam memastikan tiada yang tercicir dalam usaha vaksinasi ini.

‘Vaxxed To Go’ merupakan satu program lanjutan dari tawaran ‘Agoda Special Offers’, yang telah dilancarkan pada bulan Mei dalam beberapa pasaran. Dengan Malaysia sebagai pasaran rintis untuk kempen tersebut, Agoda mensasarkan untuk melancarkan ‘Vaxxed To Go’ ke lebih banyak pasaran lain dalam beberapa bulan akan datang.

Setakat bulan September 2021, kira-kira 82 peratus daripada populasi Malaysia telah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Dengan kadar vaksinasi yang memberansangkan, kerajaan telah memulakan program rintis "gelembung pelancongan" dengan Langkawi pada 16 September yang lalu dan lebih banyak destinasi akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi tempatan mencecah 80 peratus, selain membenarkan rentas negeri apabila mencapai lebih 90 peratus orang dewasa diimunisasi.

*Artikel asal di mStar