Korang Penerima Vaksin AZ Di Lembah Klang? Cepat 'Walk-In' Settle Dos, PPV Tutup 4 Oktober Ni
TERKINIPerhatian kepada penerima vaksin jenis AstraZeneca yang berada di Lembah Klang!
Jika anda terlepas janji temu dos kedua, anda dibenarkan untuk 'walk-in' ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sama ketika dos pertama.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) dalam satu kenyataan di Twitter berkata dos kedua itu perlu diambil sebelum 4 Oktober ini.
Ini kerana kesemua PPV vaksin AstraZeneca di Lembah Klang akan ditutup selepas 3 Oktober.
Pada 24 September lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut memaklumkan sela masa dos kedua vaksin AstraZeneca akan dipendekkan dari sembilan minggu kepada enam minggu bermula 1 Oktober ini.
Katanya, ini sebagai usaha untuk memudahkan penerima dos vaksin AstraZeneca.
Perhatian kepada penerima vaksin AstraZeneca di Lembah Klang yang telah terlepas suntikan dos kedua, sila walk-in terus ke PPV asal anda sebelum 4 Oktober 2021. Semua PPVAZ di Lembah Klang akan ditutup selepas 3 Oktober. #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/vh5FvQb85b
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) September 28, 2021
Sumber: Twitter Vaksin COVID-19