Stylo La Bro! Lelaki Ni Rilek Je Lamar Kekasih Depan Bakal Mertua Guna PowerPoint

TERKINI
September 29, 2021 - 06:21 PM


Biasanya kita membuat pembentangan menggunakan PowerPoint apabila di hadapan pensyarah, bos atau klien -- namun tidak pernah terfikir di fikiran ia boleh digunakan untuk 'menawan' hati bakal ibu dan bapa mertua.

Cara unik dan luar biasa itu bagaimanapun digunakan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Yasher Fadhli apabila melamar kekasihnya di hadapan kedua-dua bakal mertua dengan membentangkan perancangan masa hadapan mereka menggunakan perisian popular berkenaan.

Menerusi satu video viral di Instagram, Yasher dilihat bagaikan seorang CEO syarikat apabila dia secara bersahaja dan yakin menerangkan mengenai pelan kehidupannya dan kekasihnya selepas berumah tangga kelak.

“Kita bukan lagi dalam fasa untuk bertahan. Kebiasaannya, kalau bercakap tentang kewangan, kita sering menyebut mengenai cara untuk bertahan, bagaimana untuk makan dan lokasi tempat tinggal.

“Rancangan kami sekarang adalah tentang cara-cara untuk bekerja keras,” katanya.

Di hadapan lelaki tersebut, kedua-dua bakal mentua bersama kekasihnya dilihat sedang mendengar pembentangan itu dengan teliti.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen yang mengagumi cara digunakan Yasher, bahkan ada yang meminta tip daripadanya.

“Sangat memberi inspirasi! Ini merupakan cara paling sesuai untuk menyampaikan pandangan yang berbeza kepada ibu bapa,” kata seorang netizen.

“Hebat sekali! Berapa jumlah slide keseluruhan?” kata seorang lagi.

Sumber: Astro Awani 

Destination: