7 Tempat Camping Yang Menarik Di Selangor Korang Mesti Cuba Sekarang !!
Terdapat banyak tempat camping di Selangor yang akan membuatkan jiwa anda tenang dan bahagia. Bagi korang yang teringin untuk bercamping tapi tidak mahu di mana tempat yang menarik di sekitar Selangor, dalam artikel kali ini min akan sharekan 7 tempat yang boleh korang datang pada hujung minggu atau waktu korang cuti nanti.
Camping Site Di Selangor
1. Teratak Tok Alang Batang Kali
Jaraknya yang hanya memakan masa sekitar 1 jam dari Kuala Lumpur teramatlah berbaloi kepada korang yang suka berkhemah dalam suasana kebun dan tanpa eletrik. . Teratak Tok Alang ini merupakan tapak perkhemahan di tepi sungai yang terletak di Kampung Hulu Rening, Batang Kali.
Bagi korang yang perminat buah-buahan tempatan, dengan bayaran sebanyak RM20 seorang, anda boleh menjamu buah-buahan di ini sampai korang puas. Antara buah-buahan yang terdapat di kebun ini ialah durian, manggis, rambutan dan duku. Dengan harga yang murah, kita dapat menikmati pelbagai jenis buah-buahan. Sangat menguntungkan bagi penggemar buah-buahan tempatan.
Di teratak tok alang ini juga terdapat sungai yang mengalir jernih namun ianya mungkin agak cetek untuk dewasa, namun cukup seronok jika anda membawa kanak-kanak ke sini. Kemudahan asas seperti tandas ada disediakan. Untuk menyewa satu tapak perkhemahan di sini, anda akan dikenakan caj sebanyak RM20.
2. Rumah Kebun Camping Ground
Bagi korang yang baru bermula berjinak dalam dunia perkhemahan, korang boleh ke Rumah Kebun Camping Ground, Kg Sungai Semungkis, Hulu Langat. Tempat ini terdapat banyak kemudahan seperti tandas yang selesa dan hot shower ala-ala hotel, malah khemah yang disediakan turut mempunyai tilam dan bantal. Tempat ini amat sesuai kalau korang ingin merasai suasana berbulan madu ala-ala berkhemah.
Jika korang da puas bermandi di sungai, di tempat ini juga terdapat kolam renang dan korang juga boleh membuat BBQ di sini kerana kemudahan seperti tempat membakar turut disediakan.
Harga tapak tersebut berbeza kerana ianya bergantung kepada jenis tapak tapi korang tidak perlu risau kerana terdapat banyak pakej yang berpatutan bergantung kepada bilangan kenalan atau keluarga anda yang akan berkunjung.
3. Hutan Lipur Sg Tua
Tempat ini juga sesuai kepada korang yang mahu berjinak dalam dunia perkhemahan disebabkan kemudahannya yang cukup untuk korang. Terdapat tandas yang besar, surau yang selesa serta gazebo untuk korang meletakkan khemah.
Bertempat di taman negeri Selangor, tapak perkhemahan ini terletak bersebelahan dengan sungai. Pada malam hari, korang akan ditemani bunyi sungai mengalir dan ini pasti memberikan korang suasana malam yang terang. Kawasan ini juga memang dijaga dengan baik, sampah akan dikutip setiap pagi oleh pekerja awam.
Jika korang ingin berkhemah di sini, korang perlulah melaporkan dan membayar sewa di kaunter pendaftaran. Dengan bayaran yang murah, korang pasti berpuas hati dengan pengalaman yang akan korang alami. Namun diingatkan, waktu petang selepas pengunjung mula mengosongkan kawasan ini, monyet akan mula memunculkan diri mereka untuk mencari makan. Jaga barang dan makanan korang untuk mengelakkan diambil monyet.
4. Kemensah Valley Recreation & Chalet
Kemensah Valley Recreation & Chalet dan terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tempat ini mudah diakses dan korang tidak perlu bersusah untuk mencarinya.
Harga untuk menyewa tapak perkhemahan juga tidaklah mahal. Korang bolehlah bawak kawan-kawan atau keluarga korang ianya lebih seronok dan korang tidak perlu risaukan kawasannya kerana ia agak luas dan mampu menampung dalam bilangan yang ramai. Selain mandi sungai dan BBQ, di sini juga terdapat beberapa aktiviti lain yang disediakan seperti merentas hutan, mendaki bukit dan juga trip memancing. Di sini juga tersedia beberapa kemudahan seperti meja, kerusi, arang, bantal namun ini semua perlu disewa.
5. Congkak Eko Resort
Tempat ini pernah dikenali dengan nama Ecotouria Resort, ianya mempunyai pemandangan yang memukaukan. Berlatar belakangkan bukit bukau di samping air sungai yang mengalir jernih pasti akan menarik perhatian korang dan korang tentu merasai suasana tenang dan damainya di sini.
Jika korang ingin mencari tempat untuk membuat majlis seperti majlis perkahwinan, hari keluarga, atau team bulding, korang boleh buat di sini kerana kawasannya yang luas dan infrastruktur yang lengkap. Kawasannya juga memang bersih dan terjaga.
Tempat ini turut menyediakan chalet dan beberapa aktiviti menarik seperti jungle trekking, night walk, river tracking dan river crossing. Sangat sesuai jika korang ingin membuat aktiviti dan program beramai-ramai.
6. Hammocks By The River
Hammocks by The River juga merupakan antara tempat camping di Selangor yang menarik. Jika korang tidak mempunyai khemah tetapi ingin berkhemah, korang boleh datang ke sini. Apa yang korang perlu bawa hanyalah makanan dan barang peribadi. Selain daripada khemah, terdapat juga camping essentials lain yang tersedia seperti flysheet, meja, kerusi, lampu LED dan alatan memasak. Sangat sesuai jika korang mahu menceburi bidang ini, tetapi tidak mempunyai barang untuk berkhemah. Diingatkan di sini kanak-kanak bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan untuk masuk atas sebab tertentu.
7. Moon Kiss Camp Site
Jika korang sudah bosan bercamping dan ingin berglamping, korang harus datang ke sini! Tempat ini sangat sesuai jika korang mahu datang bersama keluarga. Tempat ini menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan bilik mandi yang selesa, di sini juga turut mempunyai gerai kecil jika korang memerlukan sesuatu.
Tempat ini menawarkan dua jenis khemah, iaitu khemah biasa dan khemah yang mempunyai reka dalaman yang cantik, luas dan mempunyai tilam yang selesa. Kipas dan air cooler juga turut disediakan. Di sini juga tersedia beberapa pondok di tepi sungai jika korang ingin menggunakannya pada waktu siang.
Tapak perkhemahan ini terletak di Semungkis, Hulu Langat dan tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur. Sesuai untuk anda yang mahu keluar dari kesibukan kota dan mahu merehatkan minda.