Tak Sabar Nak Rentas Negeri Kan? Tips Pemanduan Untuk Perjalanan Jauh Pada Waktu Malam

GAYA HIDUP
October 11, 2021 - 01:49 PM


Berita yang semua rakyat Malaysia nantikan akhirnya diumumkan semalam oleh pihak kerajaan. Penyeksaan yang hampir 2 tahun tidak dapat pulang atau menjenguk ahli keluarga di kampung telah berakhir.

Setelah sekian lama menanti, rakyat Malaysia diberikan kebenaran merentas negeri bermula hari ini setelah kadar vaksinasi golongan dewasa mencapai 90 peratus.

Buat korang yang teringin balik kampung menziarahi keluarga terutamanya ibu bapa tercinta, buatlah persiapan sebaiknya seperti melakukan ujian menggunakan kit ujian kendiri COVID-19. Berikut adalah tips pemanduan untuk perjalanan jauh pada waktu malam 

1.Malapkan cahaya dalam kereta

Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda.
Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar. Gangguan lampu lain yang ada di dalam kereta boleh menganggu fokus pemanduan anda.

2.Pantau suasana sekeliling

Mata anda perlu sentiasa pantau kiri dan kanan. Kalau di jalan-jalan kampung, biasanya tiada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan. Selain itu, dikhuatiri terdapat binatang yang suka kepada cahaya lampu yang melompat ke arah kereta anda.

3.Rehat mencukupi

Jika anda ingin melakukan pemanduan jarak jauh pada waktu malam, pastikan anda telah mendapat rehat secukupnya. Sebelum bertolak, tidurlah dalam satu ke dua jam. Ia boleh membuatkan anda jadi lebih segar untuk memandu selepas itu.

4. Minum kopi

Meminum kopi juga dapat membantu anda menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu.
Selain itu, minuman tenaga yang mengandungi kafein juga boleh membantu.

5.Elak kawasan sesak

Jika anda ingin berhenti di RnR, pastikan kawasan itu tidak terlalu sesak dengan orang ramai.
Jika terdapat ramai orang contohnya di kedai makan, pilihlah opsyen untuk bungkus. Makan sahaja di dalam kereta atau di luar kereta dengan lebih selamat.

6. Selenggara lampu hadapan

Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam. Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting.
Anda juga boleh disaman kerana lampu kereta yang tidak hidup terutamanya lampu hadapan kereta.

7. Kekalkan jarak selamat

Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda. Tujuannya untuk mengelak sebarang kemalangan. Selain itu, untuk pastikan anda mempunyai jarak serta masa yang sesuai untuk berhenti jika kereta di hadapan buat emergency break.
 

8. Berhenti rehat

Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika. Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.

Buat para pembaca Rileklah, sentiasa patuh SOP dan pandulah dengan cermat dan selamat. Moga korang semua tiba di destinasi dengan aman dan dapat melepaskan kerinduan terhadap insan tersayang!

 

Sumber: Maskulin

Destination: