Sampai Macam Tu Sekali! Kaki Camping Kongsi Idea Untuk 'Diamkan' Orang Bising Masa Berkemah
Kaki camping dan hiking mesti selalu masuk hutan untuk pengalaman yang tenang, bersatu dengan alam dan jauh daripada kesibukan bandar.
Tapi... lain pula ceritanya bila kita pergi berkemah untuk mencari ketenangan, kemudian hadir kumpulan yang suka buat bising, kacau zen tau!
Sebuah hantaran dalam grup Hiking and Camping Around Malaysia memberi tips nak elak orang lain buat bising ketika kita nak ‘enjoy the nature’ telah menarik perhatian kami walaupun tips yang dikongsikan Jiwakacau Yut ini agak aneh... seram sejuk ya.
“Jika bercamping taknak jiran sebelah buat bising hingga lewat malam ni je tips nya ada yang balik awal dan malam tu cabut terus…. kan aman lena… camping pakai fly takperlu selindung ala marhain miskin…” - Jiwakacau Yut
Ramai yang komen kata cara ini menakutkan, tapi kalau ini sahaja cara yang boleh tolong korang berkemah dengan tenang, why not? Hehe
Tapi, kami sarankan sebelum cuba taktik ni, boleh berbual dulu dengan penuh budi bicara, supaya ramai-ramai dapat nikmati keindahan dan ketenangan alam, tanpa ada ketegangan.