5 Permintaan Terakhir Yang Pelik Dari Tokoh-Tokoh Terkenal
GAYA HIDUPSetiap manusia yang hidup tentu akan mati, namun sesetengah manusia sempat membuat wasiat sebelum mereka meniggalkan muka bumi ini. Tahukah anda terdapat beberapa tokoh dan selebriti yang terkenal sempat meninggalkan wasiat yang pelik sebelum mereka meninggal dunia ?
Antaranya adalah seperti memesan supaya jasadnya dipamerkan di muzium, beri kucing makan dan rambut mayatnya dipotong untuk diberi pada rakan terdekat. Permintaan tersebuut dikatakan ada yang berjaya direalisasikan dan ada juga yang tidak dapat dipenuhi oleh pewaris.
Mari kita baca 7 permintaan terakhir yang pelik dan siapa tokoh yang meminta pesanan tersebut.
Beliau merupakan bekas tentera dan juga ahli politik pada abad ke-19. Wasiat terkakhir beliau adalah dia mahu rambutnya dicukur selepas meninggal dunia dan rambutnya dibahagikan kepada teman terdekatnya sebagai kenangan.
CHARLES DICKENS
Terkenal dalam bidang kesusasteraan sebagai penulis novel dan
Beliau meninggalkan wasiat rumit dan aneh iaitu memperincikan pakaian yang perlu dipakai oleh individu yang akan datang ke upacara pemakamannya. Beliau meminta tetamunya memakai skaf, jubah, reben hitam, jubah dan topi.
GEN RODDENBERRY
Beliau terkenal kerana menghasilkan drama bersiri Star Trek dan meninggal dunia pada tahun 1991. Hasrat terakhirnya adalah ingin dikebumikan di angkasa lepas dan direalisasikan pada 1997 disusuli jenazah isterinya pada 2009.
DUSTY SPRINGFIELD
Wasiat beliau adalah menjaga kucing kesayangannya Nicholas dengan memberi makan dan disimpan dalam rumah pokok. Kucing itu juga perlu dilayan dengan baik pada waktu malam sepanjang ketiadaannya.
HARRY HOUDINI
Seorang pakar silap mata dan pelakon lagak ngeri yang juga merupakan artis pelarian Amerika Syarikat (AS) kelahiran Hungary itu meminta isterinya mengadakan acara panggilan mendiang setiap tahun untuk berkomunikasi dengan dirinya.