15 Kedai Makan Sekitar KL Yang Korang Wajib Cuba !!

FOODIE
November 01, 2021 - 04:28 PM


Setiap kali bercuti tentu kita semua mencari-cari tempat makan yang sedap dan berbaloi kan ? ataupun sesetengah dari kita gemar mencuba makanan baru kerana setiap tempat mempunyai keunikannya tersendiri termasuklah makanan istimewa di tempat tersebut. Namun bagi yang ingin melawat Kl atau memang berasal dari Kl, anda perlu cuba beberapa kedai yang tersenarai dalam artikel kalini ini.

1. Restoran Rebung

Restoran Rebung adalah restoran yang dimiliki oleh chef selebriti terkenal tanahair, Dato’ Chef Ismail. Apabila chef terkenal sebagai pemilik pasti keenakan rasa makanan yang disediakan terbaik! Pelbagai hidangan disediakan terdiri daripada kuih muih, sehinggalah lauk pauk yang pasti membuatkan anda pening nak memilih.

Lokasinya strategik mudah diakses dari ibu kota KL di Jalan Tanglin, Tasik Perdana serta mempunyai tempat parking yang lapang, kedai yang besar dan kemudahan yang lengkap untuk pengunjung seperti makan di hotel. Dibuka 7 hari seminggu dari 7.00 am – 10.00
pm.

2. Restoran Sambal Hijau

Bila berkunjung ke sini pasti anda rambang mata untuk pilih lauk manakah untuk di makan. Ini kerana di Restoran Sambal Hijau ini menghidangkan lebih daripada 30 lauk pauk terdiri daripada makanan darat dan laut, sayur-sayuran dan bermacam lagi. Restoran ini terletak di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Restoran ini tidak pernah lekang dengan kunjungan pelanggan setempat untuk menjamu lauk kampung seperti daging salai masak lemak cili api, udang galah masak lemak, gulai ketam, aneka kerabu, ulam-ulaman dan sebagainya. Kalau dikira tray lauk yang ada di sini, memang lebih daripada 15 jenis.

Waktu terbaik untuk datang merasa menu-menu yang masih banyak & panas sekitar 9 pagi -12 tengahar kerana lauk pauk di sini cepat licin!

3. Restoran Satay Zaini

Bagi anda yang mencari alternatif satay Hj Samuri Kajang, apa kata ke Satay Zaini di Jalan Kolam Ayer Lama di Ampang, KL. Satay Zaini yang sudah bertapak lebih 35 tahun di KL boleh dikatakan cukup popular di kawasan Ampang ini. Kiranya pencabar satay Kajang lah!

Pelbagai jenis satay anda boleh pilih seperti satay perut muda, satay ayam, daging, satay hati ayam, satay kambing & satay limpa. Yang paling mendapat sambutan di sini adalah satay daging & satay perut muda. Kuahnya pula adalah paling lengkap kerana lemak berempah dan sedap. Dibuka sekitar 7 malam sehingga 9 malam, pastikan datang awal atau anda dapat bau arang sahaja!

4. Restoran Dapur Sarawak

Anda warga Sarawak dan rindu makanan Sarawak? boleh ke Dapur Sarawak kerana di sini makanan Sarawak nya rasa asli memang susah nak dapat di tempat lain selain
di negerinya sendiri.

Antara menu hidangan popular yang dihidangkan adalah Mee Kolok, Laksa Sarawak, nasi aruk dabei, bihun belacan, nasi manok panggang & sebagainya. Restoran ini terletak di Jalan Sarikei, Pekeliling dan dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 10.30 malam.

5. Restoran Mee Tarik Warisan

Makanan daripada bangsa cina kadang kala nampak sedap kan? Mungkin menu tradisi daripada tanah besar China tetapi tidak halal pula. Jangan risau kerana di Malaysia adanya restoran Mee Tarik Warsian yang mana terkenal dengan makanan Cina Muslim.

Menu yang dihidangkan ada pelbagai jenis masakan mee bergoreng/ bersup yang menu-menu masakannya dibawa khas dari China. Yang uniknya mee yang ada di sini memang sangat kenyal tidak seperti mee kuning biasa. Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana mee tarik ini dibuat dengan tangan secara live. Boleh ke restoran ini yang terletak di Jalan Utama Tasik 3, Kuala Lumpur.

6. Moon’s Kitchen

Anda peminat makanan western mesti cuba makan makanan di Restoran Moon’s Kitchen ini. Restoran ini sudah lama bertapak di Kuala Lumpur ini terkenal dengan makanan steak & juga menu lobster panggangnya. Lokasi restoran ini terletak di No 10, Medan Selera Pandan Indah, Pandan Indah, KL yang dibuka setiap hari dari 5pm-12 am.

7. Asam Pedas Sejati Melaka

Asam pedas memang tak boleh dipisahkan dengan Melaka. Tetapi tak semestinya perlu ke Melaka jika nak merasakan asam pedas yang asli dari Melaka kan? Anda hanya perlu memandu ke Kampung Pandan, Kuala Lumpur sahaja.

Pelbagai jenis pilihan ikan ada di sini untuk anda makan tengahari sampai kenyang. Pengunjung boleh pilih sendiri ikan-ikan mentah di atas meja seperti pari, kembung atau tenggiri dan akan terus dimasak di dapur. Rasa ‘kick’ asam pedas yang baru dimasak dibandingkan dengan yang sudah tersedia siap dalam buffet memang lain dari yang lain.

8. Restoran Mee Udang Galah

Mee Kari udang galah memang satu menu yang susah untuk dijumpa di mana-mana. Namun di Kuala Lumpur, anda boleh mencubanya di Restoran Mi Kari Udang Galah, Bandar Sri Permaisuri yang diresepikan oleh Haji Saharuddin.

Udang galah memang menjadi menu utama di sini. Disebabkan itu kebanyakan menu di sini akan dihidangkan sekali dengan udang galah. Antaranya ialah mee rebus udang galah, nasi beriyani udang galah, mee goreng udang galah & mee bandung udang galah. Mengikut bajet masing-masing pengunjung boleh pilih sendiri saiz udang galah yang hendak dimakan.

9. Restoran Maju Patin Tempoyak

Anda orang Temerloh dan rindukan masakan Ikan Patin Tempoyak ke? Marilah ke Restoran Maju Patin Tempoyak di Jalan Sri Rejang 1, Taman Sri Rampai. Restoran ini merupakan cawangan daripada Restoran Maju Patin Tempoyak di Temerloh. Jadi jangan risau dengan keaslian rasa masakannya.

Restoran ini juga ada menyediakan menu masakan lain seperti mee kari daging, ikan bakar, ikan patin goreng, siput sedut, udang galah, gulai ayam & beberapa menu ikan sungai lain yang sesuai untuk anda menjamu masakan orang Pahang untuk makan tengahari di Kuala Lumpur.

10. Warung Sate & Cafe Mak Long

Warung Sate & Cafe Mak Long sangat popular di kawasan Puchong. Restoran dengan dekorasi yang klasik ini seperti membawa anda makan malam dengan suasana di kampung. Sangat sesuai untuk bawa keluarga atau rakan anda untuk menikmati pelbagai menu masakan panas di sini.

Persekitaran restorannya yang lapang, tenang & makanannya pula sedap pasti membuka selera anda untuk dinner bersama tersayang. Menu yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini adalah satay daging berempahnya berserta tauhu bakar.

11. Nasi Ayam Hainan Taman Melawati

Walaupun kedai ini dari segi fizikalnya hanya biasa-biasa mata memandang, tetapi pelanggan yang hadir ke sini untuk mendapakan makanan Nasi Ayam Hainannya perlu beratur panjang. Malah harga juga berpatutan!

Kedai ini terletak di Medan Selera Taman Melawati dan diusahakan oleh pasangan Chinese Muslim yang sudah bertapak lebih 30 tahun di KL. Beroperasi setiap hari kecuali Khamis dan bermula 11 pagi sehingga habis jualan. Nak ke sini? Nasihat kami datang awal jika tidak anda kempunan!

12. Nasi Lemak Saleha

Sarapan nasi lemak memang satu kemestian bagi kebanyakan semua orang. Di Kuala Lumpur, antara lokasi anda boleh dapatkan nasi lemak yang sedap dan berbaloi adalah di Restoran Nasi Lemak Saleha.

Restoran Nasi Lemak Salega terletak di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Apa yang menarik di sini anda boleh pilih bermacam aneka sambal seperti sambal ikan bilis, paru, sotong, rendang, sambal kerang dan sebagainya.

Walaupun signature dish mereka adalah nasi lemak berlauk, ada juga menu hidangan lain yang disediakan seperti roti canai, pulut kuning, lontong, satay, laksa, nasi
ayam, mee kari & pelbagai makanan santai bergoreng lain seperti pisang goreng
atau popia goreng.

13. Nasi Lemak Antarabangsa

Siapa tak kenal Restoran Nasi Lemak Antarabangsa ni bukan? Antara jenama nasi lemak di Kuala Lumpur yang popular paling lama berada di Kuala Lumpur iaitu sejak tahun 70 an lagi.

Nasi Lemak Antarabangsa dimulakan oleh Puan Normi dan telah banyak menjadi liputan rancangan tv dalam negara. Terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur gerai nasi lemak ini sentiasa penuh terutamanya sebelah malam.

Apa yang menarik di sini ialah nasi lemaknya dihidangkan dengan pelbagai lauk sambal. Antara sambalnya ialah sambal kerang, sambal sotong, paru, rendang dan sebagainya. Waktu puncak terutamanya hujung minggu sememangnya ramai orang disebabkan popularitinya.

14. Nasi Lemak Wak Manjo

Satu lagi jenama nasi lemak yang popular di Kuala Lumpur iaitu Nasi Lemak Wak Manjo. Restoran yang terletak di Kampung Baru ini semakin mendapat sambutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Seperti juga di restoran nasi lemak popular yang lain, nasi lemak di sini di makan bersama pelbagai aneka lauk dan sambal seperti paru, limpa, sambal sotong dan sebagainya.

15. Restoran Kaw’d

Restoran Kaw’d ini memang sangat sesuai untuk anda yang sukakan makanan barat. Ini kerana saiz hidangannya yang pasti puas hati dan semestinya berbaloi. Restoran ini terletak di Ampang dan sangat popular di Kuala Lumpur.

Selain itu ada juga menu hidangan lain seperti meat ball, aneka pasta & sebagainya yang pasti buat pelanggan puas hati makan. Restoran pun cantik dan tempat parking pun luas. Anda boleh ke restoran ini yang terletak di Waterfront Ampang yang dibuka dari 5 petang sehingga 2 pagi.

Destination: