Bajet 2022: Semakan Bantuan Keluarga Malaysia BKM Bujang 2022

TERKINI
November 12, 2021 - 12:50 PM


Dek terlalu ramai yang bertanya di media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram, Tengku Zafrul Aziz akhirnya menjelaskan berkenaan perkara ini melalui posting beliau di Facebook.

Beliau menyatakan bahawa ucapan dalam Bajet 2022 itu hanyalah sebahagian daripada pelbagai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Beliau menjelaskan lagi, sekiranya kerajaan menyenaraikan kesemua bantuan secara terperinci, mungkin tidak habis pembentangan Bajet 2022.

Dalam posting di Facebook itu juga, beliau berkongsi amaun bantuan yang bakal diterima oleh penerima yang layak.

Bantuan BKM Bujang 2022 (RM350)

Berdasarkan jadual di atas, golongan bujang yang bergaji bawah RM2,500 akan menerima bantuan sebanyak RM350.

Untuk golongan bujang yang termasuk dalam kategori Warga Emas yang tidak mempunyai pasangan dan berpendapatan bawah RM5,000, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM600.

Cara Mohon Permohonan Baru BKM 2022

Kepada pemohon / penerima BKC, BPR anda sama sekali tidak perlu sama sekali daftar permohonan baru untuk bantuan bkm 2022.

Tetapi jika anda tidak pernah daftar permohonan bantuan dengan kerajaan dari era bantuan BRIM, BSH, BPN, BPR, BKC sehingga tiada data yang terkumpul dalam sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN, anda perlu memohon apabila link pautan dibuka kelak di sini, bkm.hasil.gov.my login masuk.