Semakan BKM 2023: Cek Status Bantuan Keluarga Malaysia, Golongan B40 Terima RM300
TERKINIKalau sebelum ini namanya adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) -- tetapi kini program bantuan tunai untuk B40 dijenamakan semula menjadi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Meskipun namanya berbeza namun objektif utama bantuan tersebut masih lagi sama iaitu bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup.
Mulai hari ini (17 Januari 2023) -- pembayaran STR Fasa 1 akan diagihkan kepada penerima isi rumah sebanyak RM300 manakala bagi warga emas yang tiada pasangan dan bujang masing-masing RM100.
Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai hari ini.
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Mereka yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Malah, semakan status pembayaran juma mulai dibuka hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 -- berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023.
Sumber: Malaysia Gazette