Kredit e-Tunai RM100 Untuk B40 & M40 : Ini 7 Fakta Menarik Tentang Bantuan Terbaharu Itu!
TERKINIBerita baik kepada golongan B40 dan M40 apabila kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.
Berikut 5 fakta menarik berkaitan pemberian terbaharu itu:
1) Syarat kelayakan bantuan adalah Warganegara Malaysia; berumur 21 tahun ke atas & berpendapatan RM100,000 ke bawah (golongan B40 dan M40)
2) Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun diberikan dalam bentuk kredit e wallet sebanyak RM100
3) Memandangkan bantuan ini baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, tiada lagi pengumuman penyedia perkhidmatan yang akan melaksanakan program ini.
4) Namun begitu berdasarkan kepada Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah Boost, Setel dan Touch 'n Go Wallet.
5) Pun begitu, beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet yang lain seperti GrabPay, ShoppeyPay, Bigay mungkin juga terlibat sekiranya pengumuman rasmi diumumkan kelak selepas ini.
6) Tarikh tuntutan Bantuan Kredit e-Tunai RM100 akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
7) Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap Majlis Peluncuran Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat di ibu negara, baru-baru ini.