Bertuahnya Pelajar Universiti Malaya! MR D.I.Y 'Belanja' Pelajar Sebanyak RM 300 Kredit Touch ’n Go eWallet!

TERKINI
October 08, 2021 - 02:19 PM


COVID-19 yang telah menyerang ibu negara Malaysia pada awal tahun lalu telah merubah landskap kehidupan setiap lapisan umur termasuk para pelajar universiti.

Akibat dari pandemik, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu para pelajar mencapai impian mereka. Namun, setiap kaedah yang diambil pasti ada cabaran dan had yang menggugat keberkesanannya.

Tidak lama lagi para pelajar institusi pengajian tinggi akan kembali belajar secara bersemuka dan kembali menjalani kehidupan di kampus!

Demi meraikan kepulangan para pelajar ini ke kampus, MR D.I.Y akan menyumbangkan sebanyak Rm 300 kredit e-wallet iaitu melalui kerjasama bersama Touch ‘n Go kepada hampir 15, 000 pelajar Universiti Malaya (UM) bagi meringankan beban mereka dalam mempersiapkan diri dari segi keperluan dan sebagai pembakar semangat untuk tidak berputus asa dalam menggapai impian dan cita cita.

Bantuan tunai atau program #DIY4UM ini akan disalurkan melalui Touch n’ Go eWallet dalam tiga kali bayaran sebanyak RM 100 setiap kali pada 1 dan 30 November; dan 30 Disember.

Semua pelajar undergraduan Malaysia di Universiti Malaysia layak untuk menerima bantuan ini dan hanya perlu mendaftar dalam talian melalui Portal Maya UM dari 3 Oktober 2021 untuk membuktikan mereka mempunyai e-wallet Touch ‘n Go yang sah.

Para pelajar akan dapat mempersiapkan diri dengan barangan keperluan pembelajaran, peralatan perlindungan daripada Covid-19 dan pelbagai barangan alat tulis di cawangan-cawangan MR D.I.Y serta platform dalam talian menggunakan kredit tunai yang diberikan. 

Selain itu, para pelajar juga bakal menikmati promosi pulangan tunai eksklusif sebanyak RM10 apabila mereka membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan-cawangan jenama MR D.I.Y. Group, platform e-dagang www.mr.diy.com.my atau melalui mini program MR D.I.Y yang didapati pada Touch ‘n Go eWallet.

Jangan lepaskan peluang keemasan khas buat para pelajar Universiti Malaya! Sentiasa patuh SOP dan jangan putus asa! Stay safe dan all the best students! 

Destination: