Seorang Wanita Didenda RM 95,000 Akibat Mencederakan Pramugari

GAYA HIDUP
November 15, 2021 - 05:18 PM


Seorang wanita didakwa selepas memukul seorang pramugari dan dikenakan denda sebanyak AS23,000 (95,831) oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). Dikatakan wanita tersebut bertindak sedemikian kerana berang tidak dapat melaraskan kerusi pesawat dalam keadaan bersandar.

Wanita itu dilaporkan menyerang pramugari terbabit pada 11 Mac lalu dan dia dikenakan denda berkenaan Rabu lepas. Menurut FAA, wanita itu mendera pramugari secara verbal selepas menyedari tempat duduknya tidak boleh diletakkan dalam posisi bersandar.

Pramugari itu cuba menenangkan wanita tersebut dengan menempatkanya ke tempat duduk lain namun wanita itu enggan bertukar kerusi dengan penumpang lain. Sebaliknya, wanita itu menjerit kepada pramugari dan tidak mematuhi protokol dengan enggan memakai pelitup muka di dalam pesawat. Wanita itu kemudian menukar tempat duduknya dengan penumpang lain namun dia terus menyerang pramugari secara verbal.

Wanita itu dikatakan bertindak memukul seorang pramugari pada lengan kanan sebaik sahaja pesawat mendarat dan sebaik sahaja wanita itu keluar dari pesawat, dia ditahan oleh penguatkuasa undang-undang disitu yang indetitinya tidak diendahkan.

Jumlah denda yang dikenakan bagi insiden penerbangan seperti ini adalah antara AS$9,000 hingga AS$32,000 (RM37,499 hingga RM133,330).